Karya beremosi! Remaja autism Malaysia dinobat juara Asia selepas terjemah penat lelah frontliners atas kanvas

Wan Jamila atau Artjamila bersama hasil lukisan yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang.

KEKURANGAN diri sebagai remaja autism tidak menghalang Wan Jamila Wan Shaiful Bahri menjuarai pertandingan melukis yang dianjurkan oleh Ardialogo Asia.

Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Kazakhstan-The Children Are Painting The World Social Fund itu mencatat sejarah istimewa buat Wan Jamila yang kini berusia 17 tahun.

Dengan nama penanya Artjamila, Wan Jamila tampil dengan karya tersendiri berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya untuk memori orang lain... jurugambar Malaysia rakam kehidupan masyarakat Australia ketika isolasi

Lukisannya bertemakan 'A Salute To All Frontliners Around The World' Artjamila menggunakan cat akrilik pada bahagian kanvas bagi menghasilkan karya bertajuk Our Heroes Series 1 yang memberikan gambaran bagaimana barisan hadapan bekerja tanpa lelah sepanjang masa untuk membantu memerangi wabak Covid-19.

"Ramai mengatakan bahawa lukisannya itu menggambarkan kerja keras para frontliner dan telah menyentuh emosi mereka. Salah seorang pengikutnya dalam talian berkata, 'Sangat gembira... seni adalah bahasanya kepada dunia... dan ia adalah puisi'.

"Saya sangat bangga dan gembira kerana dia memenangi pertandingan ini. Pencapaian ini pastinya menjadi dorongan untuknya terus menghasilkan karya seni," jelas ibunya Noorhashimah Mohamed Noordin, 58.



Hasil lukisan Artjamila yang mendapat perhatian ramai.

Dalam tempoh ini setiap tahun, Artjamila biasanya sibuk, terutamanya ketika Hari Kesedaran Autisme dan acara yang berkaitan pada bulan April.

Disebabkan pameran seni dan program lain yang ditangguhkan atau dibatalkan untuk tahun ini, Wan Jamila mengalihkan fokusnya ke pameran seni dalam talian sebagai ganti.

Peraduan membuat poster ini adalah pertandingan pertama yang disertainya pada tahun 2020.

Wan Jamila menyertai pertandingan ini dan berjaya membawa pulang hadiah di bawah Kategori B, yang terbuka untuk peserta berusia 13 hingga 19. Terdapat empat pemenang lain dalam kategori ini, dari Korea Selatan, Kazakhstan, Lebanon dan Filipina.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), Wan Jamila telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan antarabangsa yang lain dan kini sedang mengusahakan karya seni yang lebih besar mengenai sejarah koronavirus.

"Selama ini dia sibuk dengan kerja seninya. Malah dia juga selalu menonton berita setiap petang dan kami terus berkongsi perkembangan koronavirus. Ia sangat penting agar dia memahami apa yang sedang berlaku dan mengapa kita tidak dapat menghabiskan masa di luar seperti dulu," kata Noorhashimah.

Karya seni yang berjaya dalam peraduan membuat poster ini akan dipamerkan secara digital dan diterbitkan di laman Facebook Artdialogo Asia dan The Children Are Painting The World Social Fund sebagai sebahagian daripada kempen ' Healing The World Together' yang dilancarkan pada Jumaat (8 Mei).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

autism, pelukis, juara Asia, frontliners

Artikel Berkaitan

Artikel Lain