suria

Bermula suka-suka borak mengenai bola sepak, kini Abang Botak bergelar penyampai radio

Abang Botak sudah biasa dikritik terutamanya daripada penyokong Liverpool.

BERMULA dengan suka-suka berborak mengenai bola sepak, kini Nafis Abdullah atau dikenali Abang Botak bergelar penyampai radio.

Pemuda berusia 30 tahun ini mula menceburkan diri sebagai penyunting di sebuah portal sukan tanah air sejak tahun 2017

Dek kerana minatnya dan kepetahan bercakap mengenai bola sepak, dia ditawarkan sebagai penyampai radio di Arena bermula Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari 'banker' kepada 'baker', baru 5 tahun Zulkiflee jadi pilihan VVIP, selebriti

Bermula suka-suka

Menurut Nafis pada mulanya dia hanya memuatnaik video berborak mengenai bola sepak di laman sosial terutama di Youtube hanya untuk mengisi masa lapang.



Nafis bergelar penyampai radio sejak Januari lalu.

“Idea timbul ketika saya sedang lepak di sebuah kedai nasi lemak. Sejak itu saya mula dengan apa sahaja topik bola dan dan paling penting tidak perlu fikirkan apa yang dimahukan ‘audience’ tetapi hanya perlu jujur dengan setiap pendapat.

“Orang ramai akan menilai sendiri,” kongsinya kepada mStar.

Nafis mula dikenali di Youtube menerusi ML Studios sewaktu kempen Piala Dunia 2018.

Dia semakin dikenali apabila tiga pasukan dijangka mengisi slot empat terbaik menepati jangkaan (Perancis, Belgium, England).

“Awal kemunculan sememangnya sukar kerana semua orang lebih kepada mempersoalkan siapa Abang Botak, biasalah di Malaysia sudah menjadi kelaziman bahawa hanya golongan pakar boleh bercakap dalam sesuatu bidang,” ujarnya yang berasal dari Melaka.

Manchester United vs Liverpool

Nafis kemudian lebih dikenali dengan watak pencinta United dan anti Liverpool walaupun mengakui kehebatan semua pasukan.

Selain berbincang mengenai bola sepak tempatan, dia juga rancak menyuarakan pendapat mengenai Liga Perdana Inggeris terutama kelab kesayangannya.

“Sejak itulah saya ‘dibenci’ segelintir peminat bola sepak mungkin penyokong Liverpool.



Nafis juga berbakat dalam bidang nyanyian.

“Dalam sehari saya menerima mesej cacian dan makian lebih 200 sehari. Tetapi saya mengambilnya dari sudut positif kerana pandangan orang berbeza-beza.

“Setiap ‘die hard fan’ akan mempertahankan kelabnya biarpun ada turun naiknya, walaupun mengakui kadang-kala pihak lawan prestasinya lebih baik,” jelasnya yang menjadikan Zinedine Zidane sebagai idola.

Pandangan bola sepak tempatan

Nafis yang mula meminati bola sepak sejak berusia tujuh tahun ini memberitahu arena bola sepak negara masih lagi dalam proses pembangunan.

“Bola sepak negara masih dalam proses untuk berkembang tetapi jauh daripada tahap terbaik.

“Puluhan tahun saingan domestik berkembang tetapi masih gagal mencapai tahap membanggakan di peringkat Asean. Mungkin perlu lebih jelas dan fokus dalam setiap objektif.

“Contohnya banyak negara di Asia Tenggara sudah memikirkan Piala Asia tetapi Malaysia kerap bercakap soal Piala AFF, ” ujarnya yang turut meminati bidang nyanyian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain