suria

Niat membantu, pesara paramedik dijulang sebagai hero selepas maut akibat Covid-19

Cary dijulang sebagai hero selepas kembali bertugas sebagai paramedik dan meninggal dunia akibat Covid-19.

BEKAS anggota paramedik diterbangkan dari Colorado ke New York, Amerika Syarikat kerana secara sukarela mahu membantu barisan petugas dalam menghentikan penularan Covid-19.

Paul Cary, 66, dari Aurora, Colorado kembali bertugas dan ditempatkan bersama pasukan Ambulz’s State of New York Covid Respond membantu membawa semua pesakit Covid-19 di seluruh bandar raya itu.

Namun malang buat pesara paramedik pasukan bomba ini apabila pada pertengahan April lalu dia mengalami symptom Covid-19 dan dimasukkan ke Hospital Bronx’s Montefiore.

ARTIKEL BERKAITAN: Uniknya Moore... Menapak keliling padang pada usia 99 tahun kumpul dana buat frontliner perangi Covid-19

Lebih kurang seminggu bertarung nyawa, Cary disahkan meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Sepanjang dia berada di hospital, Cary ditemani anak lelakinya Chris sehingga menghembuskan nafas terakhir.



Lebih kurang 80 buah jentera bomba mengiringi jenazah Cary. Foto: AP

Ahad lalu, jenazah Cary diterbangkan pulang ke Colorado bagi upacara pengebumian.

Sepanjang jalan, kira-kira 80 jentera bomba mengiringi kenderaan yang membawa mendiang Cary sebagai tanda penghormatan di atas khidmatnya membantu barisan hadapan negara.

Orang ramai turut memberi penghormatan terakhir kepada Cary dengan mengibar bendera sambil memakai penutup muka sebagai tanda terima kasih.

“Kami sangat bersedih apabila mengetahui Paul Cary menjadi mangsa terbaharu Covid-19. Keluarga sangat merasai kehilangan dan kami semua akan terus merinduinya, ” jelas kenyataan keluarga.



Orang ramai turut memberi penghormatan kepada Cary yang dianggap sebagai hero dalam membantu orang lain menghadapi Covid-19. Foto: AP

“Dia mengambil risiko sendiri untuk melindungi nyawa orang lain dan meninggal dunia untuk ke tempat yang lebih baik.”

“Itu (menolong) bukan sesuatu yang boleh dilatih, tetapi ia memang ada dalam darah daging, budaya dan itulah Paul.” - dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Paul Cary, Bomba, Pesara, Covid-19

Artikel Lain