suria

Umat akhir zaman obses ‘dunia tipu-tipu’, undang malapetaka... Sedarlah ujian Allah teguran terhadap manusia lalai

Bencana alam yang berlaku menjadi peringatan bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara. FAIHAN GHANI/The Star.

BENCANA alam boleh berlaku pada bila-bila masa, namun fenomena banjir sering terjadi pada setiap hujung tahun ketika musim tengkujuh

Menurut pendakwah, Ustazah Sharifah Zahidah yang turut terlibat dalam perniagaan makanan, dia mendapat maklumat mengenai ramalan banjir tahun ini.

"Beberapa badan pertahanan awam dah buat perjumpaan dan mesyuarat persediaan menghadapi banjir besar hujung tahun ini.

"Macam mana kami tahu? Sebab kami supply makanan (katering) untuk salah satu mesyuarat mereka baru-baru ni.

"Dah banyak pun sumber yang sebarkan sebenarnya. Banyak ramalan-ramalan lain menjangkakan banjir besar menjelang hujung tahun ini," ujarnya memulakan bicara.

Flood situation in Seksyen 25 Taman Sri Muda, Shah Alam. - AZHAR MAHFOF/The Star

Musim tengkujuh biasanya berlaku pada penghujung tahun. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

Sharifah Zahidah berkata dia tidak berniat menakutkan sesiapa dengan perkongsian itu, namun berharap semua pihak dapat membuat persiapan sebaiknya.

Bercerita dengan lebih mendalam, pendakwah itu berkata dia tertanya-tanya mengenai dunia akhir zaman yang seolah-olah tidak lekang dengan bencana alam.

"Bukan suruh takut, cuma suruh bersedia. Jika tak jadi, Alhamdulillah itulah yang paling kita harapkan. Jika terjadi, sekurang-kurangnya kita bersedia dan dapat meminimumkan kerugian.

"Pernah saya bertanya dalam diri. Kenapa menjelang akhir zaman ni, di saat teknologi dan kemajuan berada pada puncaknya, semuanya dah nampak elok, tapi kita penduduk bumi digasak dengan banyaknya kerosakan dan malapetaka? Seakan hidup ini kejam sekali.

1743302

Sharifah Zahidah berkata bencana yang berlaku memberi peringatan kepada kita bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja.

"Apakah hikmah Allah susun akhir zaman penuh dengan kecelaruan sebegini? Dengan masalah sosialnya, masalah mental manusia yang punahnya, masalah peradaban di bawah telapak kaki.

"Masalah ekonomi dan kapitalisme yang sangat menzalimi, masalah politik dan korupsi yang tiada henti dan macam-macam lagilah masalah bumi ni," ujarnya menerusi Facebook.

Menurut Sharifah Zahidah, dia berpandangan banyak ujian yang diturunkan ke muka bumi adalah peringatan Allah terhadap manusia yang lalai dengan dunia hari ini.

"Tak tertulis, tak terhitung. Kenapa semua ini wujud? Tapi tak sukar mana menemui jawapan.

Ringkas. Kerana kecintaan umat akhir zaman pada dunia dan kehidupan tipu-tipu di dunia adalah amat tinggi dan tak terbendung lagi.

Situation around Taman Sri Muda, Shah Alam during flood.— FAIHAN GHANI/The Star

Orang ramai dipesan agar bersedia menghadapi banjir yang dijangka berlaku tidak lama lagi. Foto: FAIHAN GHANI/The Star.

"Benar-benar tidak terbendung sekalipun dalam keadaan buruk busuk begini saja manusia sudah hilang akal mencintai dunia, maka apa gerangannya kecintaan manusia terhadap dunia jika semuanya baik-baik dan sempurna saja?

"Maka boleh jadi antara hikmahnya Allah menampakkan sisi buruk, hodoh dan hina dina dunia ini agar yang ‘ingin mengambil pengajaran’ dapat memurnikan hati dan keinginan terhadap dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah pesan anak lelaki penting jaga mata! Sekali ketagih layan porno akan ‘bermutasi’ jadi binatang

"Agar kecintaan manusia akhir zaman yang begitu membuak terhadap dunia akan menguncup dan lebih meneropong ke arah kehidupan akhirat," jelasnya panjang lebar.

Tambah Sharifah Zahidah, segala ujian yang diturunkan Allah boleh diambil sebagai pengajaran untuk mendidik hati manusia.

Malah, ia juga merupakan peringatan bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara, sedangkan akhirat kelak merupakan kehidupan yang akan kekal sampai bila-bila.

Peoples cleaning up thier house from mud at Taman Sri Nanding in Hulu Langat.(AZHAR MAHFOF/The Star)21/12/2021

Mangsa-mangsa banjir sedang membersihkan kediaman mereka. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

"Segala sisi gelap yang kita lihat di atas dunia ini adalah untuk mencantas keinginan dan nafsu serakah terhadap dunia dan angan-angannya.

"Maha suci Allah yang tidak menjadikan apa pun sebagai sia-sia, melainkan untuk mendidik hati hamba bertemu dengan-Nya dalam keadaan bersedia.

"Di saat hati cenderung untuk mencintai dan mengejar dunia seakan hidup selamanya di atas dunia, lihatlah keburukan yang berlaku di sekeliling kita. Lantas bisiklah pada hati, bukan di sini tempat tinggalmu kecuali ia tidaklah sekadar menjadi tempat meninggal menuju negeri abadi.

"Dan ketenangan pun akan mula bertamu di hati sekalipun dunia ini penuh dengan mimpi ngeri. Kerana apa? Kerana kita tahu, realiti dunia sebagai persinggahan, bukan destinasi. Fokus kita adalah negeri akhirat yang abadi," ujar pendakwah itu lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain