suria

Peluang Kedua terjual RM400,000, Nabila Razali tak sabar keluar lagu baharu

Nabila bersyukur lagu nyanyiannya, Peluang Kedua berjaya mendapat 2x Platinum Award.

LEBIH setahun single Peluang Kedua dilancarkan, penyanyi Nabila Razali melahirkan rasa syukur apabila lagu nyanyiannya itu berjaya meraih Double Platinum Award iaitu hasil melebihi RM400,000 di semua platform streaming dan YouTube.

Nabila atau nama sebenanrya Nur Nabila Mohd Razali, berkata anugerah tersebut merupakan satu pencapaian terbaik buat dirinya dan menganggap segala penat lelah dalam mempromosikan lagu tersebut berbaloi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali diuji lagi... hilang 400,000 ‘subscriber’ YouTube, peminat hairan MV lagu ‘Peluang Kedua’ tidak dijumpai

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik saya buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini.

Nabila 1

Nabila turut berkongsi perkara itu di Instagram.

"Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan.

“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan rasmi kepada mStar.

Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih Double Platinum Award kerana memenuhi kriteria hasil sehingga RM400,000.

Untuk rekod, syarat untuk mendapat Platinum Award adalah lagu tersebut haruslah meraih hasil jualan sebanyak RM200,000.

Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun ini berkata faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu yang berkualiti hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF.

Sebagai artis, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.

"Bagi saya, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut.

Nabila 2

Nabila bakal keluar lagu baharu.

"Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi.

Seperti Peluang Kedua, dia berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar muzik Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain