suria

Tiga tahun Aina Abdul kumpul duit beli mikrofon, tayang di media sosial bukan nak menunjuk-nunjuk

Aina sanggup guna wang simpanan beli mikrofon sendiri demi kepuasan.

DEMI kepuasan untuk menyanyi, penyanyi Aina Abdul menyimpan duit selama tiga tahun bagi membeli mikrofon idamannya yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata dia menyimpan impian untuk mempunyai mikrofon sendiri seperti penyanyi Taylor Swift dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul ‘crush’ dengan GDragon (Big Bang), katanya ada banyak persamaan - “Dia inspirasi saya tulis lagu kisah peribadi”

"Boleh dikatakan saya ambil masa selama tiga tahun kumpul duit untuk beli mikrofon sendiri... saya kumpul sejak lancar lagu Sumpah.

Aina 2

Aina bakal membuat persembahan di pentas Istana Budaya buat kali pertama.

"Saya memang dah lama idamkan untuk ada mikrofon sendiri sebab saya tengok Taylor Swift dan Datuk Siti Nurhaliza.

"Bila tengok mereka ada mikrofon sendiri setiap kali membuat persembahan menjadi motivasi buat saya. Sebagai penyanyi, kena ada mikrofon sendiri," katanya kepada mStar.

Aina ditemui ketika sidang media Konsert Patriotik Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tapi yang penting senang untuk saya menyanyi dan selesa.

AINA ABDUL

PENYANYI

Selain Aina, konsert yang bakal diadakan pada 6 November di Istana Budaya turut menampilkan penyanyi Syamel, Ernie Zakri, Fitri Hiswady dan Hairi Safwan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semalam ini menegaskan dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk namun sekadar ingin memberi semangat kepada dirinya.

Malah, Aina berkata dia berasa lebih selesa menggunakan mikrofon tersebut biarpun harganya mahal daripada biasa.

Aina 1

Aina mahukan keselesaan ketika menyanyi.

"Saya bukan nak menunjuk-nunjuk ada mikrofon tapi ia seperti memberi semangat kepada saya. Bagi saya, berbeza menyanyi dengan mikrofon biasa dengan sendiri.

"Mudah untuk saya menyanyi walaupun harga bagai nak mati nak bayar. Tapi yang penting senang untuk saya menyanyi dan selesa.

"Sebelum ini, saya pernah menggunakan mikrofon jenama itu tapi pinjam. Mereka beri saya pakai lima kali dan saya berjanji akan beli juga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain