suria

Kereta Yamani Abdillah hilang kawalan, berpusing 3 kali di lokasi ‘panas’ - “Ada kemalangan sama, mangsa meninggal di tempat kejadian”

Yamani Abdillah trauma mahu memandu pada waktu malam.

BAGAI telur di hujung tanduk... Penyanyi Yamani Abdillah berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan dipandunya terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada pagi Khamis.

Cerita Yamani, 20, kereta yang dipandunya dalam perjalanan pulang dari Ipoh, Perak tiba-tiba hilang kawalan berhampiran tol keluar Sungai Buloh.

"Saya dari Ipoh nak balik ke Shah Alam... dalam pukul 12.20 pagi sebelum tol keluar Sungai Buloh tiba-tiba tayar kereta saya hilang imbangan dan tak boleh dikawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Yamani Abdillah teruja dapat tahu bakal dapat adik lagi, tak sangka bapa buat ‘surprise’ - “Kalau boleh nak lelaki... boleh buat band”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada identiti punca Yamani Abdillah tersingkir Big Stage 2020 - “Kasihan orang asyik bandingkan awak dengan bapa”

"Saya tengok dari belakang ada lori, saya cuba elak. Saya kawal stereng dan kereta berpusing tiga kali... selepas tu berhenti sepenuhnya di tepi jalan. Semasa itu saya fikir dah nak mati, kemungkinan saya dah tak ada hari ini.

"Alhamdulillah umur saya masih panjang. Saya dimaklumkan tempat itu memang selalu berlaku kemalangan, ada orang di situ beritahu ada kemalangan sama dan mangsa meninggal di tempat kejadian pada petang semalam," katanya kepada mStar.

yamani 2

Kereta Yamani rosak teruk akibat insiden itu.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini memaklumkan dia bersama seorang lagi penumpang yang juga merupakan saudaranya tidak mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, kenderaan pacuan empat roda miliknya itu mengalami kerosakan teruk.

Sekarang ni saya dah trauma nak memandu jauh pada waktu malam. Itu kali terakhir saya pandu kereta waktu malam

YAMANI ABDILLAH

PENYANYI

"Alhamdulillah kami berdua baik-baik sahaja, cuma saya ada rasa sakit sikit di bahagian belakang badan, mungkin kesan hentakan semalam.

"Sepatutnya saya ada urusan kerja pada hari itu tapi terpaksa tunda kerana perlu dapatkan rehat selepas insiden itu," ujarnya.

yamani 3

Yamani (kanan) bersama adiknya yang juga penyanyi Zaki Yamani.

Sementara itu, penyanyi lagu Takut Kehilangan ini mengakui trauma untuk memandu pada waktu malam.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan syukur kerana masih dipanjangkan usia dan selamat daripada insiden berkenaan.

"Sekarang ni saya dah trauma nak memandu jauh pada waktu malam. Itu kali terakhir saya pandu kereta waktu malam. Ini juga mungkin ujian dan pengajaran buat diri saya.

"Apa-apa pun Alhamdulillah masih diberi peluang meneruskan hidup. Saya fikir yang baik, pasti ada hikmah atas apa yang berlaku," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain