suria

Kes langgar SOP di kedai karpet, Neelofa dan Haris hantar representasi tarik balik pertuduhan

Neelofa dan suami hantar representasi tarik tuduhan langgar SOP.

KES langgar prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pasangan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail memasuki episod baharu apabila peguam mereka menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan tersebut.

Ia berhubung pelanggaran SOP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai 3, Mei lalu.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili pasangan itu berkata satu salinan representasi telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Rabu dan pada Khamis kepada pihak pendakwaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Daripada semut dah jadi gajah” - Neelofa hadir Mahkamah Seremban kes langgar SOP beli karpet, peguam yakin ada peluang cerah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Bukan benda buruk nak disorokkan” - Akhirnya Neelofa jawab sendiri khabar angin sedang hamil

Wan Aizuddin berkata pihak pembelaan telah diberi masa satu bulan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

"Kami memohon kepada Peguam Negara untuk menggunakan budi bicara menarik balik pertuduhan terhadap anak guam kami.

"Ini kerana kita merasakan pertuduhan-pertuduhan yang dibawa terhadap anak guam saya ini pada asasnya bukanlah suatu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

lofa 1

Haris dan Neelofa tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 9 pagi.

Neelofa, 32, yang memakai jubah putih manakala Muhammad Haris, 26, berpakaian sut lengkap berwarna biru tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 9 pagi, Khamis.

Pasangan ini berdepan pertuduhan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis permaidani di Nilai pada Mei lalu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dalam prosiding mahkamah memaklumkan bahawa pihak pendakwaan juga telah menerima representasi daripada pihak pembelaan.

"Pihak pendakwaan memerlukan masa satu bulan mengkaji representasi oleh OKS (Orang Kena Siasat)," katanya.

Majistret, Mohd. Firdaus Saleh kemudian menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or