suria

Cantik isteri Fizo Omar, bekas pramugari... Majlis resepsi secara sederhana di resort Janda Baik

Tahniah! Fizo kini bergelar suami Fazeera.

KEMASKINI

PERSOALAN netizen mengenai status Fizo Omar terjawab apabila pengurus aktor itu mengesahkan pelakon berkenaan selamat bergelar suami dalam satu majlis yang diadakan pada pagi Khamis.

Mimi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri kepada pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana mahu memberi peluang kepada Fizo mengumumkannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Abe Joe left group recond dulu ok” - Fizo Omar umum keluar kumpulan selebriti duda, terima ucapan selamat pengantin baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar nak kahwin lain? Silakan... tapi Mawar ada pesanan - “Siapa pun bakal ibu baru Maryam, jangan panggil mummy atau mama”

Katanya, Fizo akan mengumumkan dan berkongsi maklumat terperinci mengenai perkahwinannya itu dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah pagi semalam (Khamis). Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang.

Tahniah! Fizo kini bergelar suami Fazeera.

Pasangan ini dinikahkan pada pagi Khamis.

"Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia," katanya ketika dihubungi mStar.

mStar difahamkan, akad nikah diadakan secara tertutup di Masjid Al Ridhuan, Hulu Kelang kira-kira pukul 10 pagi, pasangan berkenaan kemudian diraikan dalam majlis di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang pada hari yang sama.

Jarak diantara kedua-dua lokasi dianggarkan kira-kira 30 kilometer sahaja.

Sementara itu, hasil carian mStar beberapa laman sosial mendapati isteri Fizo itu dikenali dengan nama Fazeera Nazri.

Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia

MIMI

PENGURUS FIZO OMAR

Fazeera yang juga merupakan bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan berkongsi dua keping gambar mengenakan baju pengantin dan turut menggunakan gambar profil Fizo berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan kapsyen Alhamdulillah.

Fazeera yang dipercayai berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Fizo isteri

Sama cantik sama padan.

Pada malam Khamis, Fizo berkongsi sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda.

Untuk rekod, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 36, pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Dalam pada itu, mStar difahamkan Fizo enggan majlis pernikahannya itu dihebohkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain