suria

Penyanyi AS, Jonas Brothers Puji Lagu Yuna

Dari kiri: Kevin Jonas, Joe Jonas dan Nick Jonas tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Malaysia bagi bertemu dengan peminat buat pertama kali.
Dari kiri: Kevin Jonas, Joe Jonas dan Nick Jonas tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Malaysia bagi bertemu dengan peminat buat pertama kali.
Dari kiri: Kevin Jonas, Joe Jonas dan Nick Jonas tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Malaysia bagi bertemu dengan peminat buat pertama kali.

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna seharusnya berasa bangga apabila kumpulan trio adik beradik dari Amerika Syarikat iaitu Jonas Brothers meminatinya yang sedang mencipta nama di negara itu.

Salah seorang anggotanya, Kevin Jonas memberitahu dia kagum dengan bakat Yuna serta turut memiliki lagu album pertama penyanyi itu yang disimpan dalam iPod miliknya.

"Dia seorang penyanyi yang cukup berbakat dan lagu Live Your Life adalah kegemaran saya," ujarnya ketika sidang video menerusi Skype bersama media tempatan di sini pada Selasa.

Kevin turut menunjukkan album Yuna yang dibelinya menerusi iTunes kepada wartawan Malaysia semasa sidang video itu berlangsung.

Sementara itu kumpulan popular yang turut dianggotai oleh Nick dan Joe Jonas itu bakal beraksi buat pertama kali di Malaysia dalam siri konsert jelajah Jonas Brothers Live in Kuala Lumpur pada 24 Oktober depan.

Ia akan diadakan di Stadium Negara dekat sini pada pukul 8 malam.

Kevin memberitahu mereka sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Asia khususnya Malaysia kerana ini adalah kali pertama mereka bakal menjejakkan kaki di rantau ini sepanjang menjadi artis.

Katanya mereka juta tidak sabar untuk bertemu dengan para peminat di Asia dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada konsert itu nanti.

"Selepas berehat selama tiga tahun kami ingin melakukan sesuatu yang baru dan menjelajah ke negara Asia adalah sesuatu yang memang kami nanti-nantikan," katanya.

Selain Malaysia, Jonas Brothers akan mengadakan konsert di Singapura dan Filipina.

Sebagai persediaan siri jelajah konsertnya di rantai ini, mereka sedang sibuk menyusun lagu-lagu yang bakal dipersembahkan selain memberi peluang kepada peminat untuk sama-sama membantu mereka memilih lagu yang bakal dipersembahkan.

Kata Kevin, peminat di Malaysia boleh mencadangkan lagu yang ingin mereka dengar pada konsert itu nanti menerusi laman Twitter @JonasBrothers.

"Kami mengalu-alukan idea daripada peminat di Malaysia untuk membantu kami memilih lagu untuk konsert itu nanti," ujarnya.

Bagaimanapun kata Kevin, lagu-lagu hit mereka seperti When You Look Me in the Eyes, Burning Up, Love Bug, Hold On dan SOS akan dipersembahkan pada malam konsert tersebut.

Peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert mereka boleh menghubungi 03-92228811 atau layari ticketcharge.com.my.

Tiket dijual pada harga RM88 dan RM188 (tempat duduk bebas), RM238 (Rock Zone) dan RM288 (VIP).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain