suria

AKRAB Juara Festival Teater Malaysia 2012

Kemenangan kumpulan AKRABdiraih menerusi teater ‘Pelantaq’ karya dan arahan Saipol Bahari Mohd. Iman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta piala pusingan, piala iringan dan sijil.
Kemenangan kumpulan AKRABdiraih menerusi teater ‘Pelantaq’ karya dan arahan Saipol Bahari Mohd. Iman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta piala pusingan, piala iringan dan sijil.
Kemenangan kumpulan AKRABdiraih menerusi teater ‘Pelantaq’ karya dan arahan Saipol Bahari Mohd. Iman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta piala pusingan, piala iringan dan sijil.

PETALING JAYA: Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB) membuktikan kehebatan apabila mengungguli Festival Teater Malaysia 2012 dengan meraih gelaran Juara serta tiga anugerah lain pada majlis yang berlangsung di Auditorium DBKL, malam Sabtu.

Kemenangan itu diraih menerusi teater ‘Pelantaq’ karya dan arahan Saipol Bahari Mohd. Iman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta piala pusingan, piala iringan dan sijil.

Pengarahnya, Saipol Bahari turut merangkul gelaran Pengarah Terbaik diikuti oleh dua pelakon utamanya Hairi Safwan Aznan yang menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik serta Siti Salwani Shaari menerusi Pelakon Wanita Terbaik.

Dalam pada itu,'Pelantaq' turut meraih kemenangan menerusi kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik iaitu Muhamad Zamri Abdullah.

Naib Johan dimenangi oleh Kelab Estetika Budaya, UiTM Pahang yang mementaskan teater bertajuk ‘Kebayan’ karya Zack Zaideen, arahan Mohd Samsuri Ghazali.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Badan Kesenian dan Warisan P.Ramlee (BAKAWALEE) menerusi teater bertajuk ‘Perhiasan Kaca’ karya Tennese William arahan Mohd. Yusof Bakar.

Kumpulan Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah yang mementaskan ‘Mencari Ricka’ karya Tasia Arliana Ismail arahan Ilya Rusaidi pula berjaya meraih kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik menerusi Nur Athirah Jumien dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik oleh Mazrona Kalinggalan.

Sementara Majlis Teater Selangor yang mementaskan Buai karya Norhisham Mustafa arahan Khusairy Mahayuddin tidak pulang kosong apabila menang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Raja Azri Raja Kamaruzzaman.

Festival Teater Malaysia 2012 yang masuk edisi keenam dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

FTM adalah lanjutan daripada Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal 1970-an sehingga 1980-an. Ia disertai oleh kumpulan teater amatur Melayu.

Mereka diadili oleh barisan juri profesional terdiri dari Ketua Juri, Rosminah Tahir, Ahmad Yatim, Wahab Hamzah dan Indi Nadarajah.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) KPKK, Datuk Dr. Rothiah Omar yang diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah, Kesenian dan Kebudayaan JKKN, Mesran Md Yusof.

Senarai pemenang keseluruhan Festival Teater Malaysia 2012:

Johan (RM15,000, Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil) - Pelantaq

Naib Johan (RM10,000, Piala Iringan dan Sijil) - Kebayan

Tempat Ketiga (RM8,000, Piala Iringan dan Sijil) - Perhiasan Kaca

Pengarah Terbaik (RM3,000, Piala Iringan dan Sijil) - Saipol Bahari Mohd. Iman

Pelakon Lelaki Terbaik (RM3,000, Piala Iringan dan Sijil) - Hairi Safwan Aznan

Pelakon Wanita Terbaik (RM3,000, Piala Iringan dan Sijil) - Siti Salwani Shaari

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (RM2,000, Piala Iringan dan Sijil) - Raja Azri Raja Kamaruzzaman

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (RM2,000, Piala Iringan dan Sijil) - Mazrona Kalinggalan

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (RM1,000, Piala Iringan dan Sijil) - Muhamad Zamri Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain