suria

Penubuhan Kumpulan GX4 Bukan Syok Sendiri - Affa (Nico)

Kumpulan Nico pernah popular dengan lagu Inilah Nasibku dan Bila Rindu pada tahun 1990-an.
Kumpulan Nico pernah popular dengan lagu Inilah Nasibku dan Bila Rindu pada tahun 1990-an.
Kumpulan Nico pernah popular dengan lagu Inilah Nasibku dan Bila Rindu pada tahun 1990-an.

PETALING JAYA: Penubuhan kumpulan GX4 yang menggabungkan empat kumpulan popular 90-an iaitu Kool, A to Z, Nico dan Shades bukan bertujuan untuk syok sendiri.

Salah seorang anggotanya, Affa daripada kumpulan Nico sebaliknya berkata, kemunculan kumpulan baru itu adalah satu usaha serius untuk mengubat kerinduan peminat-peminat mereka.

"Idea asal penubuhan kumpulan GX4 ini adalah daripada Riot dari kumpulan Kool dan kemunculan semula kami semua dalam sebuah kumpulan baru bukan sekadar suka-suka atau melepaskan rindu untuk beraksi di pentas tetapi ia lebih daripada itu," ujarnya kepada mStar Online.

Affa memberitahu dia yakin kesemua kumpulan yang bergabung dalam satu kumpulan itu masih lagi relevan dan mempunyai peminat setia yang tersendiri.

Dalam pada itu, Affa berkata, walaupun kebanyakan daripada mereka sudah agak berumur tetapi yakin dapat memberikan persembahan bertenaga dalam menghiburkan peminat setia mereka selain menarik perhatian golongan peminat baru.

Kata Affa, mereka akan melakukan yang terbaik dengan kemunculan album terbaru itu nanti dan akan memastikan peminat setia mereka tidak akan kecewa.

"Memang kebanyakan kami telah berusia tetapi itu bukan alasan untuk membuat kemunculan semula kerana apa yang penting usaha dan kerjasama diantara kami semua," ujarnya.

Sementara itu, Affa memberitahu album pertama GX4 akan dilancarkan dalam masa terdekat namun sebelum itu mereka telah pun melancarkan single terbaru berjudul Integriti.

Affa berkata, album dibawah label Rumpun Records dan edaran Universal Music itu akan dihasilkan sendiri oleh mereka mengikut kesesuaian muzik semasa supaya ia dapat diterima ramai.

"Kelebihan GX4 adalah ramai diantara kami yang boleh menulis dan mencipta lagu dan ia akan memberi tambah nilai kepada kami semua dan hasilnya pasti lebih istimewa.

"Kami juga akan menyelit beberapa lagu lama dan diberikan nafas baru untuk album itu nanti," ujarnya.

Ditanya mengenai senario pasaran muzik di Malaysia pada hari ini, Affa berkata, mereka telah mengambil faktor itu dan tidak kisah turun padang untuk menjual sendiri album mereka itu nanti kepada para peminat.

"Situasi dahulu dan sekarang sudah jauh banyak berbeza dan pengalaman kami dalam industri akan digunakan sebaik-baiknya dan jika perlu menjual sendiri album tersebut kami akan lakukan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain