suria

Ariel (Noah) Sasar Album Terjual 3 Juta Unit

Kumpulan Noah.
Kumpulan Noah.
Kumpulan Noah.

VOKALIS kumpulan Noah, Ariel menyasarkan album terbaru mereka berjudul Seperti Seharusnya dapat dijual sebanyak tiga juta salinan selepas sambutan menggalakkan peminat.

Ariel memberitahu album yang dilancarkan secara rasmi di Indonesia pada Sabtu telah terjual sebanyak 200,000 keping dalam masa sehari dan sambutan tersebut cukup menggembirakan.

"Harap-harap sambutan peminat akan terus bersama Noah sama seperti ketika kami menggunakan nama Peterpan dulu dan Insya Allah kami menyasarkan album ini akan terjual sebanyak tiga juta," ujarnya.

Popular dengan single Separuh Aku, album tersebut turut memuatkan lagu seperti Raja Negeriku, Jika Engkau, Hidup Untukmu Mati Tanpamu, Ini Cinta dan Terbangun sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain