suria

Populariti Sederhana Tidak Ganggu Amy Mastura

Amy memberitahu dia tiada masalah dengan popularitinya yang sederhana kerana baginya apa yang lebih penting dia mampu mengekalkan prestasi kerjayanya.
Amy memberitahu dia tiada masalah dengan popularitinya yang sederhana kerana baginya apa yang lebih penting dia mampu mengekalkan prestasi kerjayanya.
Amy memberitahu dia tiada masalah dengan popularitinya yang sederhana kerana baginya apa yang lebih penting dia mampu mengekalkan prestasi kerjayanya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mengakui popularitinya sebagai artis masih berada pada tahap sederhana walaupun sudah 19 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

Amy, 41, berkata, dia tiada masalah dengan situasi itu kerana baginya apa yang lebih penting dia mampu mengekalkan prestasi kerjanya sehingga pada tahap berkenaan.

"Dari dulu lagi saya tidak pernah mengharapkan populariti kerana apa yang penting saya melunaskan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan.

"Tambahan pula saya tidak pernah menyangka akan berada di tahap ini kerana dulu saya sasar untuk buat sebuah album sahaja," katanya selepas ditemui pada pelancaran produk Infinity Kose Prestigious di sini pada Isnin.

Tambah Amy, dia juga sudah tidak perlu bersaing dengan sesiapa untuk mengejar populariti kerana ia bukan lagi menjadi keutamaannya.

Dalam pada itu, Amy berkata dia bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan daripada pelbagai jenama antarabangsa yang sudi mengambilnya menjadi juru cakap produk masing-masing.

Amy berkata, kepercayaan yang diberikan itu digunakan dengan sebaik-baiknya agar jenama yang diwakilinya itu mendapat perhatian.

"Saya selesa menjadi duta produk dan sentiasa terbuka dengan tawaran yang datang kerana itu bukti kepercayaan orang terhadap kita.

"Bagaimanapun pada usia begini saya perlu memilih tawaran yang datang supaya sesuai dengan status saya sebagai isteri dan ibu," ujarnya.

Mengulas pembaharuan kontraknya bersama Kose, Amy memberitahu kerjasama itu berterusan atas persefahaman mereka yang baik selama ini.

"Produk ini juga sangat serasi dengan saya dan saya tiada masalah untuk meneruskan usaha sama bersama mereka.

Dalam perkembangan lain, Amy berkata dia bakal muncul dengan single terbaru iaitu Itu Dulu ciptaan Panji.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain