suria

Kuiz Suria FM, Peguam Dapat Hadiah Proton Inspira

Muhammad Azim bergambar kenangan bersama penyampai Suria FM dan bersama kereta Proton Inspira dimenanginya. - Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN
Muhammad Azim bergambar kenangan bersama penyampai Suria FM dan bersama kereta Proton Inspira dimenanginya. - Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN
Muhammad Azim bergambar kenangan bersama penyampai Suria FM dan bersama kereta Proton Inspira dimenanginya. - Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN

PETALING JAYA: Seorang peguam, Muhammad Azim Salim, 37, pada Khamis berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Inspira pada acara finale peraduan 'Kuiz Kereta dan Duit Raya' yang dianjurkan oleh stesen radio popular, Suria FM.

Muhammad Azim berjaya meneka dengan tepat lokasi 'Kerinting Three' daripada segmen Breaksfast@Suria yang melarikan Proton Inspira tersebut pada 20 September lalu.

Pendengar yang berjaya meneka di manakah lokasi 'Kerinting Three' iaitu gandingan Halim Othman, Zizi dan Sharifah Shahira berada berjaya memiliki 'kunci' bertuah dan seterusnya berpeluang memenangi sebuah kereta sebagai hadiah utama.

Dia ketika ditemui berkata tidak menyangka panggilan yang dibuatnya ke studio Suria FM sewaktu dalam perjalanan ke pejabat telah membawa tuah kerana selama ini dia tidak pernah menyertai sebarang pertandingan.

"Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini dan tidak menyangka akan memenangi sebuah kereta. Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pihak Suria FM," ujarnya.

Selain hadiah utama kesemua 50 peserta akhir pertandingan itu turut menerima duit raya berjumlah RM50 setiap seorang.

Dalam pada itu, pada majlis sama, Pengurus Operasi Suria FM, Azrullah Mohd Nor turut menyampaikan cek berjumlah RM10,600 kepada Intan Senin yang berasal dari Sungai Udang, Melaka selepas berjaya meneka dengan tepat lagu dalam segmen 'Itu Aje'.

Intan berjaya meneka lagu yang dicari oleh pihak Suria FM daripada nyanyian kumpulan Spoon berjudul 'Rindu Serindu-Rindunya' selepas hampir lima bulan mencari pemenang.

"Saya mengikuti kuiz ini sudah lama semenjak tahun lepas lagi dan tidak sangka tahun ini menjadi rezeki saya," katanya.

Intan memberitahu dia melekatkan sekeping kertas kajang di dinding ruang tamu rumahnya dan mencatatkan setiap lagu yang diteka salah oleh pendengar bagi memudahkannya untuk mencari klu sebenar," katanya.

Sementara itu, Azrullah berkata, pihaknya gembira dengan sambutan yang diterima terhadap dua pertandingan itu dan akan meneruskan dengan beberapa pertandingan lain pada masa hadapan.

Katanya kemuncak kemenangan Muhammad Azim tidak terhenti di situ kerana Suria FM akan mengakhiri sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan sebuah Konsert Kemuncak Raya Suria FM pada Sabtu ini.

Antara Artis yang bakal menjayakan persembahan pada konsert tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, Mawi, Awi Rafael dan Adira.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain