suria

Preity tempelak media kerana sensasikan kisah dirinya

Pelakon Bollywood, Priety Zinta berang dengan media di negaranya gara-gara laporan tidak benar mengenai dirinya.
Pelakon Bollywood, Priety Zinta berang dengan media di negaranya gara-gara laporan tidak benar mengenai dirinya.
Pelakon Bollywood, Priety Zinta berang dengan media di negaranya gara-gara laporan tidak benar mengenai dirinya.

AKTRES Bollywood Preity Zinta masih geram dengan berita palsu dalam sebuah stesen televisyen yang memberi laporan seolah-olah polis Mumbai telah 'melepaskannnya' meskipun dia bersalah membuat bising pada malam sambutan hari kelahirannya baru-baru ini.

"Memang benar saya mengadakan parti untuk hari jadi saya dan polis telah datang dan minta hentikan muzik. Mereka juga telah mendenda saya dan saya telah membayar denda itu pada malam yang sama. Saya juga masih menyimpan resit untuk denda saya itu.

"Dan saya tidak memasang semula muzik seperti yang dilaporkan oleh televisyen sensasi itu," jelas aktres putih gebu yang menyambut hari kelahirannya yang ke-34 pada hari Sabtu lepas.

Penduduk setinggan yang tinggal berdekatan flat Preity di bangunan Quantum Park di Bandra telah memfailkan bantahan terhadap muzik kuat yang dimainkan oleh Preity pada awal pagi Ahad itu. Tetapi pihak polis telah bertindak mengarahkan Preity untuk mematikan muzik itu.

Preity telah pun didenda kerana membuat kesalahan tersebut. Apa yang membuat dia terus marah ialah sikap media yang suka mensensasikan peristiwa yang berlaku.

"Kewartawanan ialah berkenaan dengan penyiasatan dan melaporkan fakta. Perkara seperti saya telah melakukan kesalahan undang-undang dan kisah tiada tindakan diambil kerana saya kaya yang disensasikan di siaran TV tersebut benar-benar membuat saya sedih," jelas Preity.

"Seharusnya ada undang-undang yang melarang media mensensasikan sesuatu berita. Saya adalah warga negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.. Jadi, tolonglah siasat dulu fakta awak sebelum menghebahkannya di kaca TV," kata aktres yang berlesung pipit itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain