suria

Dengarkanlah, di sepanjang malam aku berdoa... Penyanyi Raffa Affar akui stres kali pertama rakam lagu, tak sangka tular di Malaysia

Raffa tak sangka lagu pertamnya menjadi tular di Indonesia dan Malaysia.

DENGARKANLAH, di sepanjang malam... Pasti ramai yang mengetahui lirik lagu Cinta Sampai Mati nyanyian penyanyi Indonesia Raffa Affar itu yang menghantui di platfrom laman sosial terutama TikTok.

Bersyukur lagu tersebut mendapat sambutan, Raffa mengakui dia berasa bangga dan gembira single pertama nyanyian itu menjadi tular di Malaysia.

Bakal mengeluarkan satu lagi single, Raffa memberitahu kekuatan lagu Cinta Sampai Mati itu bergantung kepada lirik yang dianggap dapat dirasai pendengar.

Harapan saya semoga lagu ini dapat diterima oleh masyarakat.

RAFFA AFFAR

PENYANYI

"Alhamdulillah, awalnya saya tidak menyangka bahawa lagu itu jadi viral seperti ini. Perasaan saya benar-benar sangat senang dan bangga.

"Bagi saya, kekuatan lagu ini berada pada lirik yang benar-benar membuatkan semua orang dapat merasakan. Harapan saya semoga lagu ini dapat diterima oleh masyarakat.

"Insya-Allah akan ada satu single lagi yang bakal keluar di bulan ini. Jadi buat kalian yang tak sabar, stay tune terus di Instagram dan YouTtube saya," katanya kepada mStar.

Raffa 1

Raffa akui berdepan cabaran merakam lagu pertama.

Single ciptaan Ayu Rizki Yani itu kini menghantui pendengar malah ramai netizen turut menggunakan latar belakang lagu tersebut di video mereka di TikTok.

Untuk info, Raffa atau nama sebenarnya Raffa Aidiansyah yang berasal dari Depok, Jawa Barat, Indonesia adalah selebriti muda yang mempunyai pengikut lebih 4 juta di TikTok.

Dalam pada itu, Raffa turut mengakui sesi rakaman lagu tersebut sangat tegang disebabkan ia merupakan single pertamanya.

"Suasana sewaktu recording lagu Cinta Sampai Mati benar-benar menegangkan (stres) kerana ini adalah single perdana (pertama) saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain