suria

Selepas gosip skandal dengan Raffi Ahmad, muncul banyak akaun IG guna nama Nita Gunawan

Nita mohon untuk laporkan jika ada yang guna namanya di media sosial.

GARA-GARA skandal cinta dengan pengacara Raffi Ahmad, nama model Nita Gunawan terus menjadi perhatian ramai.

Disebabkan itu juga banyak akaun palsu baharu yang menggunakan namanya di media sosial.

Rimas dengan perkara tersebut, Nita menegaskan hanya menegendalikan satu akuan peribadi dan tidak pernah memuat naik gambar berkongsi rezeki seperti mana yang dilakukan oleh beberapa individu tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ada hubungan dengan Raffi Ahmad, Nita Gunawan anggap gosip hanya rekaan netizen

"Saya tidak ada akaun kedua atau akaun media sosial yang selalu memberi giveaway.

"Kalau mahu berkongsi rezeki saya akan hantar mesej kepada yang memerlukan dan tidak akan memuat naik di media sosial," ujarnya.

Bimbang namanya disalah guna, Nita memohon kerjasama peminat untuk membuat laporan jika terjumpa mana-mana akaun palsu yang menggunakan maklumat peribadinya.

"Mohon semua sahabat untuk melaporkan jika ada akaun palsu.

"Keadaan ini meresahkan dan saya bimbang jika nama saya digunakan untuk tujuan yang tidak baik," katanya.

Sebelum ini kisah Nita dan Raffi heboh diperkatakan apabila dia dilihat sering hadir ke program kendalian pengacara itu.

Nita menafikan mereka ada hubungan istimewa antara mereka dan menegaskan ia hanyalah rekaan netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Nita Gunawan, Raffi Ahmad, Instagram

Artikel Lain