suria

Kakak cuma mahu makan sambal belacan pada hari-hari terakhir, siap minta adik bungkus sebelum meninggal di highway

Shakiroh sempat memberikan bekal sambal belacan sebelum kakaknya meninggal dunia.

SELEPAS kematian ibu dan bapa, kebiasaannya kakak atau abanglah yang akan menggalas tanggungjawab menggantikan tempat mereka.

Begitu juga dengan Shakiroh Abd Rahman, 37, yang sangat rapat dengan kakaknya yang dipanggil Kak Chaq sejak kecil lagi.

Bagaimanapun, tanggal 9 Oktober tahun lalu merupakan hari terakhir dia dan kakak kesayangannya itu meluangkan masa bersama sebelum wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Adik beradik merupakan insan yang banyak mendengar masalah selain kawan-kawan. -Gambar hiasan

"Saya kehilangan insan yang saya sayangi. Merupakan insan tempat saya bermanja selepas arwah ibu tak ada. Kakak saya tinggalkan kami dalam keadaan yang kami tak sangka.

"Allah Maha Baik. Dia izinkan kami berjumpa berjumpa berpeluk cium sebelum Dia ambil balik kakak pulang ke negeri abadi sewaktu arwah datang ke rumah dekat Segamat, Johor dari Kedah," ujarnya dalam hantaran dibuat di TikTok.

Menurut Shakiroh, sepanjang berada di rumahnya Kak Chaq tidak berselera untuk makan lauk lain kecuali ikan goreng dan sambal belacan.

"Hari kedua dia dekat Segamat saya masak patin tempoyak. Tu je yang banyak dia makan. Selebihnya hari lain ikan goreng dan sambal belacan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hiba di sebalik masakan enak! Anak kongsi momen makan lauk terakhir tinggalan ibu, ‘part’ hisap daun paling tragis

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis dapat lepas rindu makan gulai ayam ala masakan ibu, hakikatnya isteri hanya masak guna rempah frozen tahun lepas

Sehinggalah tiba harinya Kak Chaq mahu pulang ke Kedah, dia meminta Shakiroh membungkus sambal belacan untuk dibawa pulang.

Namun, tidak disangka-sangka hari tersebut merupakan kali terakhir mereka berdua berjumpa.

Sampai ke hari ini saya masih teringat cara dia minta saya bekalkan sambal belacan tu.

SYAKIROH

"Hari terakhir saya jumpa kakak, sebelum dia gerak balik Kedah dengan anak sulungnya. Ceria gelak tawa. Bau, suara, hangat pelukan, suara main dengan anak saya bernama Airaa, masih segar sangat dalam ingatan ni.

"Selang beberapa jam anak buah saya hubungi katanya Kak Chaq pengsan dekat dalam kereta di lebuh raya Pedas-Linggi padahal baru sangat mereka berhenti dekat R&R Jejantas Ayer Keroh," jelasnya.

Mengimbas mengenai kenangan itu yang berlaku lebih setahun lalu, Shakiroh berkata kakaknya meninggal dunia secara mengejut sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

Shakiroh masih teringat pelukan dan bau arwah kakaknya sehingga kini. -Gambar hiasan

"Allah ambil dia masa dia tengah borak dengan anaknya. Saya sudah tak tentu arah laju ajak suami pergi sana dan yang paling sedih respons paling cepat dari team medic ambil masa 40 minit.

"Dalam kepala otak ni kuat mengatakan 'memang aku akan hilang kakak'. Akhirnya peronda Lebuh Utara-Selatan (Plus) iring ke Hospital Rembau. Lagi 20 minit nak sampai, anak buah hubungi beritahu yang mak (kakak) dah tak ada.

"Sampai ke hari ini saya masih teringat cara dia minta saya bekalkan sambal belacan tu. Paling sedih, anak saya pula rapat sangat dengan mak saudara dia ni. Selama 37 tahun saya hidup dengan dia. Rindunya susah nak cakap macam mana," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain