suria

Bakal doktor syukur masih bernyawa walau lebih 40 kali ditidurkan - “Keluar hospital terus ambil ujian, pening-pening jawab soalan”

Nur Shahira sudah lebih 40 kali menjalani proses intubasi dan bakal bergelar doktor tidak lama lagi.

DITIDURKAN untuk intubasi merupakan antara prosedur kesihatan yang ditakuti kebanyakan orang.

Ada yang beranggapan, intubasi itu umpama 'membunuh' pesakit.

Namun jika itu yang berlaku, mana mungkin Nur Shahira Ahmad Sofian yang sudah lebih 40 kali menjalani proses intubasi ini dapat bernyawa lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... rider gembira dihadiahkan kasut terpakai, tak mahu pakai pergi kerja tapi nak simpan untuk jalan-jalan - “Dah lama perasan kasut kerjanya lusuh”

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih seorang ayah... tiada wang berjuta tapi boleh beri seafood segar, gigih sampai ke Subuh demi anak tercinta - “Selalu call, tanya bila nak balik?”

Ya, memang sukar dipercaya apabila wanita yang baru berusia 25 tahun ini terpaksa diintubasi selama lebih 40 kali demi menyelamatkan nyawanya.

Dugaan serta cabaran yang dihadapi penghidap penyakit asma kronik ini bagaimanapun menjadi dorongan untuk dia belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa baik insan yang banyak berkorban buat dirinya.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Nur Shahira berkata, penyakit yang dihidapinya sejak berusia lima tahun itu menyebabkan dia sering dimasukkan ke hospital.

"Setiap tahun ada dalam empat ke enam kali saya akan masuk wad, hospital tu umpama rumah kedua saya.

"Tapi ada hikmahnya sebab saya dapat kenal dengan ramai orang yang bagi inspirasi dan semangat pada saya," katanya, yang menetap di Permatang Badak, Kuantan.

Point Blur_Oct112021_215731

Shahida mengalami asma kronik sejak berusia lima tahun.

Menurut Shahira keadaan penyakitnya bagaimanapun bertambah kronik apabila dia meningkat dewasa.

"Masa kecil dulu saya tak perlu intubate, tapi berubah sejak naik sekolah menengah sebab jika saya kena serangan asma paras oksigen saya akan turun dengan cepat.

"Pernah masa saya dekat matrikulasi saya naik ambulans dari klinik kesihatan ke hospital dan mereka intubate saya dekat sana.

"Masa dekat universiti pun rasanya lebih 10 kali saya masuk hospital," katanya yang mengambil jurusan perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Point Blur_Oct112021_222400

Setiap kali Shahira terkena serangan asma paras oksigennya akan turun ke paras berbahaya.

Menurut Nur Shahira, selain rawatan moden, pernah juga dia mencuba pelbagai kaedah rawatan alternatif, namun tidak ada satu pun yang berupaya untuk mengurangkan kesan serangan asmanya.

"Macam-macam cara mak dengan ayah cuba termasuk makan daging buaya, cuma mungkin tak ada rezeki saya lagi untuk sembuh.

"Selain saya, nenek belah ayah pun ada sakit asma," jelasnya.

Anak kedua daripada empat beradik ini berkata, dia sering terkena serangan asma secara tiba-tiba.

WhatsApp Image 2021-10-09 at 6.22.13 PM

Shahira (kiri sekali) berazam untuk balas jasa ibu bapa dan insan lain yang banyak membantunya.

Menurut Nur Shahida, dia yang mengalami alahan antaranya terhadap kucing, seafood dan habuk terpaksa menerima suntikan setiap dua minggu atau sebulan.

"Saya ada alahan dengan seafood, habuk, kucing... banyaklah, sebab tu doktor bagi saya ubat melalui suntikan setiap dua minggu atau sebulan di hospital di Kelantan.

"Sampai sekarang dah balik Kuantan pun masih perlu dapatkan suntikan tersebut di Kelantan. Bulan lepas doktor mula suntik ubat baru, dia cakap dekat hospital kerajaan saya orang pertama diberi ubat tu untuk paru-paru saya," katanya.

Jelasnya, paling lama dia terpaksa dikomakan adalah selama lebih kurang dua minggu dan kali terakhir dia dimasukkan ke hospital serta ditidurkan adalah pada pertengahan tahun lepas.

“Selalu lepas intubate pernah hilang suara berapa minggu kesan intubated lama.

“Kadang-kadang bila sedar tu perasaan saya bercampur baur, bersyukur Allah masih bagi peluang untuk saya, Allah baik sangat.

“Kadang risau menyusahkan mak ayah kena jaga dekat wad lama-lama, risau banyak ketinggalan kelas, pernah beberapa kali saya keluar hospital terus ambil ujian, pening-pening je jawab soalan,” ceritanya.

Saya selalu terbayang wajah ibu menangis risau bila saya masuk unit rawatan rapi, jadi saya berazam nak buat mak senyum atas kejayaan saya pula.

NUR SHAHIRA AHMAD SOFIAN

Nekad untuk membalas pengorbanan keluarga serta individu lain yang membantunya, Nur Shahira menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar paru-paru suatu hari nanti.

Malah dia yang baru sahaja lulus peperiksaan profesionalnya baru-baru ini bakal bergraduasi pada 21 Oktober ini.

WhatsApp Image 2021-10-09 at 6.22.15 PM

Shahira (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya.

“Alhamdullilah Allah banyak permudahkan laluan saya, banyak perkara yang menjadi motivasi untuk saya terus berusaha, antaranya ibu bapa saya yang banyak berkorban menjaga saya sejak kecil.

“Saya selalu terbayang wajah ibu menangis risau bila saya masuk unit rawatan rapi, jadi saya berazam nak buat mak senyum atas kejayaan saya pula,” katanya.

WhatsApp Image 2021-10-09 at 6.22.14 PM

Shahira bercita-cita untuk menjadi pakar paru-paru satu hari nanti.

Menurut Nur Shahira, kedua ibu bapa adalah tulang belakangnya, mereka antara individu yang sentiasa percaya kepada dirinya walaupun di saat dia lemah atau sakit.

Selain itu pengalamannya 'membesar' di hospital turut mendorong dirinya untuk mendalami ilmu perubatan demi menabur bakti serta membantu individu lain suatu hari nanti.

“Dekat hospital saya selalu tengok orang sekeliling saya sakit, macam mana mereka berjuang untuk hidup, ujian mereka lebih besar.

“Jadi dari situlah timbul rasa syukur dan ia membuatkan saya tidak mengalah dan saya nak bantu mereka yang senasib dengan saya Insyallah,” katanya.

Menurut Shahidah, dia kini merancang untuk menjalani latihan sebagai doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

“Buat masa sekarang kami kena lengkapkan perkhidmatan sebagai doktor pelatih, saya sebenarnya masih berfikir tapi insyallah mungkin di HTAA, hospital tempat saya membesar.

“Banyak nurse dan doktor saya masih di sana dan mereka ajak saya untuk buat di sana,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain