suria

Bapa terkejut, gambar mata anak jadi tatapan 26.5 juta pengikut Instagram Apple... ambil dalam kereta je! - “Dah nak tidur, saya dapat notification”

Gambar mata anak sulung Badrul kini menjadi tatapan 26.5 juta pengikut Instagram Apple.

BAKAT anak jati Malaysia sekali lagi menjadi tatapan dunia.

Kali ini, foto yang dihasilkan oleh Badrul Akram Badaruddin, 30, dikongsi menerusi laman Instagram syarikat teknologi gergasi Apple buat tatapan 26.5 juta pengikutnya pada Isnin malam.

Mesra disapa Badrul, pereka grafik dan jurufoto perkahwinan itu tidak menyangka karya yang memaparkan mata anak sulungya, Luth Fateeh yang berusia 4 tahun akan menjadi pilihan syarikat itu yang mana ia dianggap sebagai satu rezeki buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jati Perak terharu video Taiping raih hampir setengah juta tontonan, photoshoot pengantin temukan dirinya dengan ‘kambing cantik’

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah abang polis... Gambar pokok kelapa disiar di Instagram Apple, Terengganu kini di mata dunia!

"Ia merupakan gambar anak sulung saya yang dirakam sekitar dua bulan lalu. Ketika itu, kami sekeluarga nak balik ke rumah mak saya. Ketika dalam perjalanan di Taiping, Perak, kami berhenti beli makanan.

"Ketika itu, saya perasan cahaya matahari sangat cantik. Jadi, saya rakam gambar mata anak lelaki saya dari dalam kereta saja. Gambar itu dirakam menggunakan iPhine 12 Pro Max. Dua ke tiga hari kemudian, saya kongsikan ke Instagram.

"Pada September, saya terima direct message (DM) daripada Instagram Apple. Mereka minta alamat emel saya. Tapi pada waktu itu, mereka kata gambar ini dalam peringkat pertimbangan saja. Belum tentu mereka akan kongsikan lagi.

badrul5

Badrul sama sekali tak menyangka foto memaparkan mata anaknya akan disiarkan di Instagram Apple.

"Tiba-tiba pada Isnin malam, ketika saya nak lelapkan mata, saya dapat notification dari Instagram. Memang terkejut tengok gambar mata anak saya di Instagram mereka," ujarnya kepada mStar.

Menurut Badrul yang juga bapa kepada dua cahaya mata, dia terharu dengan pemilihan itu memandangkan sudah lama memasang impian agar karyanya mendapat pengiktirafan dunia.

Pada saya, kalau kita betul-betul minat bidang ini... jangan pernah berhenti.

BADRUL

Malah kata Badrul, ia seolah-olah memberi peringatan kepada dirinya agar tidak putus asa dalam mengejar minat dan impian yang sudah bercambah sejak dulu lagi.

"Ini merupakan salah satu sasaran saya. Bukan mudah untuk gambar kita dipamerkan di Instagram Apple. Cara penilaian mereka juga berbeza.

badrul3

Badrul pernah mendapat liputan mStar pada Mei lalu.

"Pada saya, kalau kita betul-betul minat bidang ini... jangan pernah berhenti. InsyaAllah, akan ada kegembiraan buat kita pada masa akan datang. Jangan buat kerana orang, tapi buat kerana diri sendiri," ujar anak jati Perak itu.

Untuk rekod, Badrul pada Mei lalu pernah mendapat liputan mStar apabila video keindahan Perak yang dikongsi olehnya tular sehingga meraih setengah juta tontonan.

Mengenai dirinya, Badrul berkata dia kini mula sibuk dengan tempahan khidmat fotografi perkahwinan apabila pandemik Covid-19 beransur pulih di negara ini.

WhatsApp Image 2021-10-12 at 2.30.33 PM

Selain bekerja sebagai pereka grafik, Badrul juga merupakan seorang jurugambar perkahwinan.

"Macam minggu ni pun saya ada kena shoot pengantin. Job dah mula masuk balik. Pandemik pun slow-slow makin pulih.

"Sejujurnya minat fotografi ini sekadar hobi saja. Saya cuma nak wujudkan galeri sendiri di Instagram. Pada masa sama, saya buat part time untuk fotografi perhawinan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain