suria

“Saya berdebar, rasa panas di muka” - Doktor kongsi detik cemas lihat wajah biru bayi tersedak susu, beri peringatan penting untuk ibu bapa

Dr Redza mengimbas detik cemas apabila dia dimaklumkan bahawa wajah bayi yang perlu dirawat sudah bertukar biru dan pernafasannya menjadi laju. (Gambar Hiasan)

BAGI ibu bapa yang baru dikurniakan cahaya mata, penting untuk mereka mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.

Urusan menjaga bayi tidak semudah yang disangka, malah jika tersilap langkah ia akan mengundang risiko bahaya.

Begitu juga kisahnya sebagaimana diceritakan oleh Dr Redza Zainol menerusi laman Twitter miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Biasa tapi bahaya! Doktor dedah bayi 18 hari maut tak lama selepas mulutnya dicium - “Tak salah suka sangat kat budak, sayang benar kat anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Pintu tandas ditutup tapi tak dikunci, doktor imbas kisah bayi ditemui mati lemas di rumah pengasuh

Dalam tweet itu, Dr Redza berkongsi kisah mengenai seorang bayi berusia 28 hari yang tersedak susu.

Imbas Dr Redza, dia menerima panggilan dari Jabatan Kecemasan yang memaklumkan kes itu sebelum terus berangkat ke sana bersama seorang lagi rakan sekerja.

Dr Redza dimaklumkan bahawa wajah bayi itu sudah bertukar biru dan pernafasannya menjadi laju.

Tweet Dr Redza di Twitter miliknya itu sehingga kini meraih lebih 18,800 ulang kicau.

"Saya dan seorang lagi doktor terus bergerak pergi ke Jabatan Kecemasan. Bila saya sampai, saya boleh lihat dada bayi berombak.

"Nampak susah sangat nak bernafas, saya jadi berdebar. Rasa darah panas mengalir di muka," imbasnya.

Kata Dr Redza, imbasan X-ray membuktikan bahawa bayi itu sememangnya tersedak susu dan mula menunjukkan tanda-tanda Aspiration Pneumonia.

Sendawakan bayi selepas menyusu. Amalan ni nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting.

DR REDZA ZAINOL

"Aspiration Pneumonia berlaku bila anak itu tersedak dan minuman yang sedang diminum itu terus masuk ke bahagian atas paru-paru.

"Bahagian ni kemudiannya akan meradang dan dijangkiti kuman, menyebabkan fungsi paru-paru merosot teruk.

"Ia adalah satu keadaan yang sangat serius. Untuk bayi ni, dia perlukan bantuan pernafasan dengan segera," ujarnya lagi.

Pesan Dr Redza, ibu bapa harus beringat dan mengambil iktibar kerana kes tersedak susu kerap berlaku ke atas bayi berusia enam bulan ke bawah.

Pesan Dr Redza, ibu bapa harus beringat dan mengambil iktibar kerana kes tersedak susu kerap berlaku.

Dalam perkongsian sama, Dr Redza turut berkongsi beberapa tip yang boleh diikuti oleh ibu bapa dan penjaga bayi.

"Tegakkan badan bayi selepas selesai menyusu. Saki baki susu yang ada di mulut akan ditelan oleh bayi.

"Sendawakan bayi selepas menyusu. Amalan ni nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting.

"Tepuk atau gosok perlahan-lahan belakang badan bayi dalam posisi sedikit menegak sehingga sendawa. Buat sekurang-kurangnya selama lima ke 10 minit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika sedang menyusu. Banyak kes berlaku bila mak ayah biarkan bayi pegang botol susu sendiri sampai tertidur, ' ujarnya.

Tambah Dr Redza, bayi juga perlu dibaringkan mengiring ke sebelah kanan selepas menyusu.

"Jika bayi muntah, semuanya akan mengalir keluar dari tepi mulut. Jadi kuranglah susu yang berkumpul dalam mulut ketika muntah," jelasnya lagi.

Tweet Dr Redza di Twitter miliknya itu sehingga kini meraih lebih 18,800 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain