suria

Pemalu orangnya... apa kes bakal cikgu B.Inggeris ni sanggup menari di Bukit Bintang? - “Saya pernah kena halau”

Faseer mengakui tidak terlepas menerima komen jahat gara-gara menari di lokasi terbuka.

MASIHKAH anda ingat video tular sekumpulan pelajar yang membuat tarian lagu kumpulan K-Pop Blackpink di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini?

Di laman Twitter, seorang jejaka tampil berkongsi kisahnya yang pernah membuat tarian di lokasi sama pada tahun lalu.

Menurut Muhammad Akhfaseer Din, 20, aktiviti menari di lokasi terbuka seperti itu banyak membantunya mencari keyakinan bagi menghakis sikap malu dalam diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, video belum habis edit tapi dah viral! Ramai teruja tengok ‘Blackpink Malaysia’ menari di Bukit Bintang... sayangnya ada juga yang mulut jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Leka menari TikTok, gadis cabut lari lihat kelibat lelaki di belakang... siap bawa tauhu bergedil - “Nak tegur beri salam jadi serba salah”

"Saya ni memang seorang yang pemalu. Apabila saya jumpa minat dalam bidang tarian, ia banyak bantu saya bina keyakinan diri.

"Nak hadap orang tu susah sikit. Dari sekolah menengah saya paksa diri menari depan orang. Apabila dah mula menari, saya hanya fikir rentak dan lagu, dah tak kisah orang lain.

"Saya suka tengok orang happy. Selain hilangkan sikap malu, saya menari dengan tujuan untuk gembirakan orang," ujarnya kepada mStar.

Faseer mula menari sejak berusia 15 tahun.

Mesra disapa Faseer, dia juga mengakui tidak terlepas menerima kritikan sewaktu menari di lokasi terbuka.

Enggan menjadikannya sebagai isu besar, dia bagaimanapun mengambil segala cacian sebagai pembakar semangat untuk membutkikan kelebihan diri.

"Ada orang persoal, apa bendalah saya buat? Ada yang tinggalkan komen, ada yang cakap depan-depan masa saya menari. Kawan saya pun ada dengar. Paling ingat mereka kata saya attention seeker.

Kalau ada rezeki jadi guru, saya terima. Tapi saya tak akan buang minat menari ini.

MUHAMMAD AKHFASEER DIN

"Mereka cakap saya menari macam sotong, tak ada masa depan dan sebagainya. Tapi saya nak buktikan cakap orang, menari pun boleh buat duit.

"Masa saya menari di Bukit Bintang dulu, ada penonton bagi duit. Dalam setengah jam menari non-stop, pernah dapat sampai RM50. Biasanya orang luar yang bagi.

"Tapi saya sempat menari di sana dalam tujuh ke lapan kali je. Saya pernah kena halau, jadi saya dah tak menari di sana lagi," ujarnya.

Aksi Faseer sewaktu membuat tarian di Bukit Bintang pada tahun 2019.

Bercerita mengenai dirinya, Faseer yang menetap di Masai, Pasir Gudang, Johor merupakan pelajar bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (Tesl) dan kini sedang menunggu kelulusan untuk menjalani latihan praktikal.

Ujarnya, dia tidak menolak rezeki untuk menjadi guru Bahasa Inggeris suatu hari nanti, namun tidak akan melupakan minat menarinya.

"Saya mula menari sejak tingkatan dua. Masa tu saya tengok video Michael Jackson. Jadi saya tiru dan cuba pelajari sendiri.

Faseer tidak menolak rezeki untuk bekerja sebagai guru pada masa akan datang.

"Pada masa yang sama saya juga minat bahasa Inggeris. Kalau ada rezeki jadi guru, saya terima. Tapi saya tak akan buang minat menari ini," ujarnya lagi.

Di Twitter, Faseer turut berkongsi video throwback sewaktu dia menari di sekitar Bukit Bintang pada tahun lalu.

Paling mencuri tumpuan tentunya kebolehan Faseer yang boleh melipat tangannya ke belakang badan dalam tarian yang dipamerkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain