Leka menari TikTok, gadis cabut lari lihat kelibat lelaki di belakang... siap bawa tauhu bergedil - “Nak tegur beri salam jadi serba salah”

Edrina terkejut video TikToknya menjadi viral dan mendapat dua juta tontonan di Twitter.

KESAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai mencipta akaun aplikasi TikTok yang kini menjadi kegilaan di seluruh dunia.

Macam-macam ragam dapat kita lihat menerusi video yang dikongsi di media sosial.

Namun video TikTok seorang gadis sedang leka menari di halaman rumah tanpa menyedari gelagatnya itu diperhati jirannya berjaya mencuit hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak sangka perkongsian lenggoknya di TikTok dianggap rare, terus tak jadi padam video!

ARTIKEL BERKAITAN: TikTok punya hal, ibu 5 anak tiba-tiba popular... tanpa bantuan filter kamera - “Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik”

Video tersebut yang tular di Twitter mendapat dua juta tontonan dan 64,400 tanda suka.

Gadis dalam video tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Edrina berkata video itu dirakam selepas dicabar rakannya untuk melakukan Kasih Slow Challenge.

"Insiden tu berlaku kira-kira pukul 6 lebih Ahad lalu. Time tu saya dicabar kawan-kawan untuk buat video TikTok Kasih Slow Challenge.

Edrina leka menari tanpa menyedari kelibat seorang pemuda dibelakangnya.

"Time tu saya dah siap sediakan makanan untuk berbuka puasa. Bila dah free saya buat video tu di halaman rumah," katanya kepada mStar.

Namun gadis berusia 16 tahun itu terkejut apabila menyedari kehadiran seorang pemuda yang juga jirannya sedang memerhatikan gelagatnya di belakang.

"Bila saya pusing tiba-tiba saya ternampak ada seorang lelaki di belakang. Saya memang tak perasan dia dah lama dekat situ.

Nak tegur dan beri salam jadi serba salah. So decided untuk tunggu baru tegur nak bagi makanan ni.

HAKIM RUSNAN

Jiran

"Bila dah nampak dia saya terus lari masuk rumah sampai terlupa nak ambil handphone. Memang malu sangat-sangat," kataya yang kembali mendapatkan semula telefon bimbitnya 20 minit kemudian.

Menurut Edrina, dia tidak mengenali pemuda tersebut kerana mereka sekeluarga baharu saja berpindah di Dengkil sejak lebih kurang tiga bulan lalu.

"Kami baru pindah. Jadi saya memang tak kenal lelaki tu. Sini kawasan baharu, tak banyak rumah lagi.

"Selepas video tu viral dia komen mengaku dialah lelaki kat belakang tu. Start dari situ kami bertegur dekat Twitter," katanya.

Edrina bergegas lari masuk ke dalam rumah selepas menyedari kelibat pemuda tersebut yang datang mahu menghantar tauhu bergedil.

Ditanya apa tujuan lelaki tersebut tiba-tiba muncul dalam video TikToknya, Edrina berkata dia datang menghantar juadah berbuka puasa untuk keluarganya.

"Sebenarnya dia datang nak bagi tauhu bergedil. Tapi masa tu ayah yang ambil. Dia tak cakap apa pun, lepas dia bagi dia terus balik.

"Saya pun cerita kat mak pasal perkara tu. Mak cakap patutlah dia nampak lelaki tu tersengih-sengih masa on the way balik rumah dia," katanya.

Pada masa sama, Edrina terkejut apabila video TikToknya itu tiba-tiba viral kerana dia hanya memuat naik video tersebut di InstaStorynya.

"Saya share dekat InstaStory close friends, lepas tu kawan-kawan semua gelaklah. Tapi ada seorang kawan minta video tu nak post kat Twitter.

"Lepas tu tengoklah Twitter dia dulu, kalau ramai tak naklah bagi. Masa tu follower dia sikit je, jadi saya pun bagilah video tu. Tak sangka pula viral," katanya.

Antara komen neetizen mengenai video yang tular itu.

Sementara itu, lelaki di dalam video tersebut yang dikenali sebagai Hakim Rusnan turut mendedahkan kisah di sebalik insiden itu.

"Nak tegur dan beri salam jadi serba salah. So decided untuk tunggu baru tegur nak bagi makanan ni.

"Gentle bro aku tak tahu nak buat apa. So tunggu dia habis baru tegur. Tu pun dia lari," katanya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka.

"Aduh banyak kali ulang tengok pun sis masih terhibur. Kelakar plus comel la korang ni," kata NIk Anisah.

"Mungkin jodoh sampai dah ni. Hahaha dekat je," tulis Hans.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain