suria

“Otak pencabul ni busuk” - Pakaian bukan isu, pakar motivasi dedah kisah pelajar jadi mangsa nafsu guru dalam makmal komputer

Menurut Akhi Fairuz, kisah itu berlaku di sebuah sekolah sekitar dua tahun lalu.

KERANA nafsu, pelajar-pelajar sendiri yang menjadi mangsa.

Demikianlah kisah yang berlaku dua tahun lalu di sebuah sekolah sebagaimana dikongsi pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi Twitter.

Jeasnya, dia dihampiri sekitar lima pelajar perempuan sejurus selesai sesi ceramah di sekolah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Disaksikan kakak sepupu, budak 9 tahun dicabul dalam tandas surau

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual trauma dirinya terus jadi mangsa cabul, terbaharu lelaki gila seks berseluar pink nak try dalam tandas - “Saya ni taklah handsome sangat”

Tampil membuka cerita, kumpulan pelajar itu mendakwa pernah dicabul seorang guru lelaki sewaktu berada dalam makmal komputer.

"Kami tingkatan empat kena. Senior kami tingkatan lima pun kena. Dia tarik tali bra kami.

"Kemudian bila mengajar kat makmal komputer, sengaja rapat belakang kami, Pegang dan raba tangan kami yang tengah pegang mouse," tulis Akhir Fairuz mengimbas cerita pelajar tersebut.

Kumpulan pelajar itu mendakwa dicabul dalam sebuah makmal komputer.

Malah, guru berkenaan juga dikatakan turut bertindak lebih melampau sehingga menimbulkan trauma dalam kalangan mangsa.

Kata Akhi Fairuz, dia bertanyakan kepada pelajar-pelajar tersebut sekiranya ada melaporkan hal itu kepada kaunselor.

Kata mereka, ada dua kaunselor di sekolah itu.

Ia semua berpunca dari pelaku yang tak menjaga otak, kemaluan, tubuh badan dan tindakan. Kalau tak, tak adanya budak 11 bulan kena cabul di Malaysia.

AKHI FAIRUZ AL-JENGKAWI

PAKAR MOTIVASI

Mereka segan disalah erti untuk mengadu guru kaunselor lelaki, manakala guru kaunselor perempuan merupakan isteri kepada guru yang mencabul itu.

"Kami kesian sangat kalau bagi tahu guru kaunselor perempuan sebab cikgu yang cabul tu suami kepada kaunselor ni," ujar pelajar tersebut kepada Akhi Fairuz.

Tanpa berlengah, pakar motivasi itu terus bertanya kepada seorang ustaz sekolah itu yang menjadi penganjur ceramah berkenaan.

Siri tweet yang dikongsi di Twitter oleh Akhi Fairuz.

Kata ustaz tersebut, guru lelaki yang didakwa itu sememangnya tidak rapat dengan rakan sekerja yang lain dan suka buat hal sendiri sahaja.

Malah, dia juga gemar duduk di makmal komputer sehingga waktu petang sewaktu guru-guru lain sudah lama pulang.

Difahamkan, guru berkenaan diberi amaran oleh pengetua yang enggan perkara itu berulang lagi setelah aduan mengenainya dibuat.

Malah kata Akhi Fairuz, pelajar-pelajar yang mengadu kisah itu juga sudahpun menamatkan persekolahan mereka.

Akhi Fairuz berkongsi hal itu menerusi Twitter pada Ahad.

"Cikgu yang mencabul tu pun tak tahulah ke mana dia sekarang. Masih bersama isteri ke, berpisah ke, wallahuallam. Cuma, dalam thread ni nampak macam kes dah settle, tapi ada satu part besar tak selesai.

"Apa dia? Trauma kepada mangsa. Mereka akan ingat sampai bila-bila. Mereka mudah rasa terancam bila bersama lelaki. Mereka akan terdorong untuk rasa jijik pada diri, walau bukan salah mereka.

"Mereka tidak mudah percaya pada mana-mana lelaki lagi selepas ini. Soal cabul dan rogol, ingin saya tekankan, ia tiada kaitan dengan pakaian.

"Ia semua berpunca dari pelaku yang tak menjaga otak, kemaluan, tubuh badan dan tindakan. Kalau tak, tak adanya budak 11 bulan kena cabul di Malaysia. Sebab baby tu seksi ke? Tak, tapi sebab otak pencabul ni busuk, ' tulis Akhi Fairuz lagi.

Sehingga kini, tweet kisah itu yang dikongsi pada Ahad pagi menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain