suria

Disaksikan kakak sepupu, budak 9 tahun dicabul dalam tandas surau

Tandas di surau ini dipercayai berlaku kejadian cabul pada 13 Disember lalu. FOTO: Sinar Harian.

MALANG nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun apabila dia dipercayai dicabul dalam sebuah tandas surau di Ambangan Heights, Sungai Petani, Kedah.

Menerusi kejadian sekitar jam 6.30 petang 13 Disember lalu, mangsa mendakwa dipanggil seorang lelaki tidak dikenali sebelum dipeluk dan dicabul.

Pada waktu kejadian, mangsa sedang bermain di sebuah taman permaianan do lokasi itu.

Selain mangsa, kejadian turut disaksikan kakak sepupunya yang turut bermain pada waktu itu.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, hasil siasatan mendapati suspek memanggil mangsa supaya menghampiri tandas dan terus memeluk sambil memegang kemaluan mangsa.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian jelas di mana seorang lelaki menunggang motosikal memanggil mangsa supaya menghampiri suspek.

"Suspek terus memeluk mangsa dari belakang dan cuba menolak mangsa ke dalam tandas tersebut. Bagaimanapun mangsa meronta-ronta dan dapat melepaskan diri," katanya.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan .

Suspek yang bertubuh sederhana dan berkulit gelap itu bertutur dalam Bahasa Melayu.

"Polis sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda atau hubungi balai polis berhampiran.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.- Sinar Harian.

cabul, tandas, surau

Artikel Lain