suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas maut terjatuh dari tingkat 13

Seorang warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri. Gambar sekadar hiasan

SEORANG warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Presint 11, Putrajaya.

Mayat mangsa berusia 68 tahun, Halimah Md Salleh ditemui pada kira-kira pukul 6.45 pagi Ahad oleh pengawal keselamatan pangsapuri semasa melakukan rondaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pegawai penyiasat tidak menemui sebarangan elemen jenayah yang menjadi punca kematiannya.

"Anak lelaki mangsa yang berusia 41 tahun memberitahu kali terakhir bercakap dengan ibunya pada kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

"Mangsa tinggal dengan anak lelakinya di pangsapuri tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad, sambil menambah bahawa anak lelaki mangsa tidak menyedari ibunya terjatuh.

"Dia hanya memberitahu ibunya hilang apabila jiran-jiran memaklumkan mengenai insiden itu.

"Berdasarkan semakan dengan jiran-jiran, mereka terdengar bunyi bising seperti sesuatu terjatuh antara pukul 3 pagi dna 4 pagi," katanya.

Menurut Rosly, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. - The Star

warga emas, terjatuh

Artikel Lain