suria

Betul ke tinggal dekat dengan rumah mak ayah, mentua lebih untung? - “Bila gaduh senang nak nasi tambah”

Kampung suami dan isteri berdekatan menjadi topik hangat di laman Twitter. Foto SAM THAM

KALAU memang jodoh tak akan ke mana, tapi soalnya siapakah gerangan yang berjaya menawan hati?

Yang sudah berumah tangga pula, sudah tentu ada pasang surutnya.

Berbicara tentang kahwin, topik kampung halaman pasangan menjadi perdebatan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua mastermind buat kejutan untuk menantu... ini memang 'rare'! "Kena tunggu berdiri di sebalik langsir... separuh kek juga dia habiskan"

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk perut ibu mengandung! Anak pasang aircond di bilik mengaji mak, air panas dah tak perlu masak... jodoh tolak tepi dulu!

Terdapat pandangan bahawa banyak kelebihan apabila berkahwin dengan suami atau isteri yang mana kampung halaman sesama mereka terletak berdekatan.

"Kelebihan kahwin dengan orang dekat-dekat ni, bila hujung minggu boleh melawat mak ayah kita di kampung dan keluarga mertua sekali gus.

"Dekat tu maksudnya kurang dari satu jam drive," tulis seorang pengguna di laman Twitter menggunakan nama Faisal Rahim menerusi akaun @acaiijawe sehingga diulang kicau lebih 8,000 kali.



Perkongsian Faisal Rahim di laman Twitter meraih perhatian.

Faisal berkata, perasaan akan menjadi tenang dan tenteram apabila dapat ertemu dengan keluarga sendiri mahupun mentua.

"Bila dah jumpa tu, rasa tenang dan tenteram. Dapat 'kekuatan' sebelum berjuang teruskan hidup," katanya.

Malahan katanya, pulang ke dua 'kampung' sekali gus itu juga dapat membantu menunaikan tanggungjawab kepada keluarga terutama ibu bapa yang semakin dimamah usia.

"Sambil-sambil balik kampung tu bolehlah tolong bersihkan kawasan rumah mak, periksa bahan mentah... ayam, ikan, sayur dan lain-lain dalam peti ais semua cukup.

"Tukarkan tong gas, buangkan sampah. Itu jelah yang mampu kita buat sebab tak selalu berada di sisi mereka. Makin kita meningkat dewasa, mak ayah kita makin berusia.

"Tenaga mereka dah tak sekuat dulu, uban mulai penuh di kepala, kulit dah berkedut, kesihatan mulai merosot, malah ada yang dah mula lupa-lupa," ujarnya.



Antara hujah mengenai kelebihan pulang ke kampung berjarak dekat.

Sehubungan itu, kata Faisal, kepulangan ke kampung halaman itu juga merupakan peluang untuk berbakti sebelum mereka pergi meninggalkan kita selamanya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi terutama yang berkongsi pengalaman mereka yang merasai kelebihan apabila kampung suami isteri terletak berdekatan.

"Rumah famili dengan mentua tak sampai 2 kilometer, itu pun masih bergaduh pagi raya nak balik kampung mana dulu," komen seorang netizen.

Bila dah jumpa tu, rasa tenang dan tenteram. Dapat 'kekuatan' sebelum berjuang teruskan hidup.

FAISAL RAHIM

"Alhamdulillah, saya lagi dekat. Cukup dengan kiraan 100 insyaAllah sampai (berkereta). Cuma bila raya atau apa-apa cuti panjang tak pernah merasai suasana balik kampung tu. Seperti teringin juga nak merasai suasana sebegitu," ujar seorang lagi.

"Saya pun baru je balik kampung mentua. Lepas tu makan tengah hari rumah mak saya. Petang tu balik rumah mentua pula. Jarak 10 hingga15 minit je naik kereta. Alhamdulillah," katanya.

"Alhamdulillah. Dapat suami dekat sangat, selang tujuh buah rumah je. Kejap rumah atas kejap rumah bawah. Sekarang masih tinggal di rumah mentua. Hari-hari hantar lauk ke rumah mak abah," tulis seorang wanita.



Walaupun tinggal dekat dengan rumah ibu bapa, tetap ada cabaran dan dugaan antara suami isteri.

Tidak terkecuali pandangan mengenai cabaran apabila tinggal berdekatan.

"Yang tak bestnya bila bergaduh. Semua dekat-dekat, senang nak nasi tambah hehe," katanya.

"Cabarannya bila raya kena cover semua kedua-dua belah pihak dalam masa yang singkat. Pening dan penat. Kena pandai bahagi masa, namun ada yang terkorban juga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kampung, mentua, famili, hubungan, dekat, balik raya

Artikel Lain