suria

Empat hari sepi tanpa video, YouTube Pavithra diserbu susulan dakwaan dipukul suami - “Sejujurnya saya dah agak”

Berita penahanan M.Sugu pada Isnin ternyata mengejutkan ramai.

KISAH penahanan M.Sugu, duo YouTuber terkenal yang didakwa memukul isterinya, S.Pavithra ternyata mengejutkan ramai.

Berdasarkan tinjauan mStar di laman YouTube, kali terakhir pasangan itu memuatnaik video adalah pada Jumaat lalu.

Barangkali terkejut dengan berita penahanan itu, netizen mula membanjiri video percutian mereka sekeluarga ke ibu negara dengan pelbagai komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang nama tak disebut ketika terima anugerah, YouTuber Pavithra dakwa dipukul suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat luas ya” - Pasangan Sugu Pavithra rehat seketika sental periuk, kongsi video pindah rumah baharu selepas dapat ‘durian runtuh’ dari YouTube

Malah, rata-ratanya mengakui tidak sangka dengan apa yang dilaporkan dan mengharapkan yang terbaik buat pasangan suami isteri itu.

"Saya terkejut dengan berita ini. Harap kamu berdua dapat selesaikannya.

Video terakhir yang dikongsi di YouTube mereka empat hari lalu.

"Sejujurnya saya dah agak. Saya nampak perubahan selepas kamu terima cek (pendapatan dari YouTube) buat pertama kali.

"Apa jadi dengan suami kamu? Polis tahan dia hari ini?

"Datang ke sini (YouTube) selepas baca berita mengenai suaminya. Saya harap yang terbaik buat keluarga mereka," ujar beberapa netizen.

S.Pavithra mencipta nama dengan video masakan yang dihasilkannya di laman YouTube.

Dalam video berdurasi lebih 25 minit itu, M.Sugu bersama S.Pavithra dan anak mereka bercuti di ibu negara selama tiga hari dua malam.

Malah, mereka kelihatan cukup bahagia sewaktu melawat ke beberapa lokasi sebagaimana dipaparkan dalam video yang meraih hampir 200,000 tontonan itu.

Pada Rabu, muncul laporan bahawa polis sedang menyiasat M.Sugu atas dakwaan memukul isterinya.

Duo YouTuber masakan S.Pavithra (kiri) bersama suaminya, M.Sugu (kanan).

Menurut sumber, pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin lalu.

Sewaktu dihubungi, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan penahanan lelaki itu.

Sementara itu, Mahkamah Majistret mengarahkan perintah reman tiga hari ke atas suspek untuk membantu siasatan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
S.Pavithra, M.Sugu, YouTuber, pukul, bercuti, video

Artikel Lain