suria

Bengang nama tak disebut ketika terima anugerah, YouTuber Pavithra dakwa dipukul suami

Mahkamah Majistret mengarahkan perintah reman tiga hari ke atas suspek untuk membantu siasatan.

POLIS sedang menyiasat dakwaan YouTuber masakan terkenal, S.Pavithra yang dipukul oleh suaminya, M.Sugu.

Menurut sumber, insiden itu berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat luas ya” - Pasangan Sugu Pavithra rehat seketika sental periuk, kongsi video pindah rumah baharu selepas dapat ‘durian runtuh’ dari YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan sabar menanti, Sugu Pavithra akhirnya dapat ‘durian runtuh’

"Mangsa sedang melawat saudaranya yang sedang ditahan di wad.

"Suaminya, dipercayai sedang mabuk pada waktu itu dan berlaku pergaduhan dan memukulnya," ujar sumber.

Tambahnya, lelaki itu turut membawa sebilah sabit ke hospital.

Duo YouTuber ini cukup dikenali ramai dengan video-video masakan mereka.

"Pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin," ujarnya lagi.

Terdahulu pada Isnin, Pavithra menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Sewaktu dihubungi, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan penahanan lelaki itu.

"Kami sedang menyiasat kes ini," ujarnya.

Sementara itu, Mahkamah Majistret mengarahkan perintah reman tiga hari ke atas suspek untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

YouTuber, pukul, reman

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan