Wanita berpantang melampau elak suami cari lain... jangan susahkan hidup kata Dr Sakinah - “Majoriti penceraian bukan sebab dalaman isteri tak sehebat dulu”

Dr Sakinah menegur wanita yang berpantang melampau kerana bimbang suami cari lain.

SEBUT saja proses berpantang selepas melahirkan anak, setiap wanita pasti ada pendirian mereka sendiri.

Ada yang berpegang kepada cara tradisional dan tidak kurang juga mereka yang memilih berpantang secara moden seiring dengan peredaran zaman.

Kebiasaannya amalan berpantang cara lama mengambil masa dalam lingkungan 42 hingga 100 hari bagi wanita yang mahu mengembalikan bentuk badan asalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat fitnah! Dr Imelda sekolahkan makcik bawang, bengang komen ‘tak pantang ais punca badan menggeleber’ - “Kalau laki hang nak cari lain, dia cari juga”

Namun amalan berpantang yang melampau terutamanya mengikut adat tanpa mengambil kira aspek perubatan dengan alasan supaya suami tak cari lain sebenarnya merugikan kaum wanita.

Menurut pengamal perubatan, Dr Sakinah Sulong, golongan wanita disarankan untuk berpantang yang perlu saja.

Berpantanglah ikut perlu saja tanpa memudaratkan kesihatan.

"Isteri kena berpantang supaya suami tak cari lain? Oh please, janganlah jadikan itu sebagai alasan. Apatah lagi kalau perkataan itu keluar dari mulut perempuan.

"Yang bermasalah, yang sembelit, yang kurang susu badan, adalah wanita, bukannya kaum suami.

"Jadi, sekadar berpantang yang perlu seperti urut, mandi air menyegarkan, makan nasi panas, apa salahnya. Tapi ia tidaklah wajib," katanya menerusi satu posting di Facebook.

Jelas Dr Sakinah, amalan kurang minum air kosong, elakkan sayur dan buah kononnya sejuk hanyalah berdasarkan cakap-cakap mulut tapi boleh memudaratkan kesihatan.

"Janganlah disusahkan hidup, apatah lagi waktu berpantang, emosi wanita amat mudah tertekan.

Amalan pemakanan sihat untuk kesihatan dalaman selepas bersalin.

"Ibu-ibu perlu diberikan sokongan bukan kata-kata ugutan yang menekan perasaan dan menyukarkan keadaan," katanya.

Pada masa sama Dr Sakinah turut menasihati golongan wanita supaya berpantang demi kesihatan dan bukannya mendapatkan bentuk badan cantik.

"Jangan sekali-kali meniatkan nak pasang badan ibarat kerengga kerana takutkan suami lari atau nak jaga alat kelamin supaya dapat ikat suami.

Jangan diukur sangat berapa ketat, berapa montok bentuk badan, sedangkan yang lebih penting kita hindari penyakit kencing manis, darah tinggi ataupun masalah kardiovaskular.

DR SAKINAH SULONG

Pengamal perubatan

"Niatkanlah nak jaga badan supaya sihat tiada penyakit kencing manis atau darah tinggi. Kerana ibu yang sihat, akan mampu menjaga keluarga yang lain.

"Kesihatan bukan sahaja dari aspek bentuk badan. Tak guna badan ramping macam tiang lampu tapi kolesterol tinggi mencanak!," katanya.

Sementara itu, Dr Sakinah turut berpesan supaya tidak menyalahkan golongan wanita sekiranya perkahwinan gagal bertahan.

Berilah sokongan kepada isteri kerana emosi mereka mudah terganggu selepas bersalin.

"Perkahwinan dibina daripada dua individu. It takes two to tango. Saya pasti punca majoriti penceraian bukanlah disebabkan dalaman isteri tak sehebat dulu.

"Kalau dilihat kes-kes di mahkamah, antara yang tinggi puncanya ialah faktor kewangan. Suami tak beri nafkah!

"Atau tiada persefahaman kerana suami atau isteri curang. Ada juga akibat campurtangan keluarga," katanya.

Tambahnya lagi, golongan lelaki mahupun wanita perlulah berpantang makan minum supaya kesihatan lebih terjaga.

"Jangan diukur sangat berapa ketat, berapa montok bentuk badan, sedangkan yang lebih penting kita hindari penyakit kencing manis, darah tinggi ataupun masalah kardiovaskular," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pantang, bersalin, Dr Sakinah, suami

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain