Nyah dedah tak pakai ilmu tangkap King Kobra besar lengan – “Geram, ular patuk ibu saudara tak sempat ditangkap”

Ular tedung selar yang berjaya ditangkap oleh Nyah baru-baru ini mempunyai saiz sebesar lengan orang dewasa dan panjangnya melebihi 2 meter.

SIAPA sahaja yang tidak 'melopong mulut' apabila melihat aksi selamba dan bersahaja seorang lelaki yang mencengkam kepala seekor ular sambil mengheret haiwan tersebut, sebagaimana dalam video yang tular baru-baru ini.

Bukan calang-calang haiwan yang berjaya 'dijinakkannya' tetapi ia adalah seekor ular tedung selar atau King Cobra, antara spesis reptilia paling berbahaya yang mampu membunuh mangsa dalam tempoh masa yang singkat!

Reptilia yang berjaya ditangkap oleh lelaki ini bersaiz sebesar lengan orang dewasa yang panjangnya melebihi dua meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu kampung terpana tengok Nyah tangkap King Kobra besar lengan, kenapa pula netizen kaitkan dengan Hantu Kak Limah?

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bengang tengok gaya lelaki ‘acah’ hero libas kepala ular sampai putus, ada juga yang sokong - “Dari kesian terus nak maki”

Video aksi beraninya yang tular di media sosial itu dikongsikan oleh seorang pelayar Twitter yang sehingga kini meraih lebih daripada 7,500 retweet.

Insiden itu berlaku di Kampung Lembah, Padang Rengas, Perak, baru-baru ini.

Mengimbas kembali insiden itu, Muhammad Zulfadhli Yusop atau lebih dikenali dengan panggilan Nyah oleh penduduk kampungnya berkata, ketika kejadian dia dimaklumkan oleh rakannya yang terserempak dengan reptilia itu ketika sedang melintasi jalan.



Muhammad Zulfadhli atau lebih dikenali sebagai Nyah (kiri) mempunyai kebolehan menangkap ular sejak 11 tahun lalu.

"Saya pergi ke lokasi yang diberitahu namun ular tersebut gagal dijumpai, lalu saya meminta mereka menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Saya pun teruskan semula kerja, tapi tak lama kemudian mereka maklumkan ular itu ditemui. Ketika itu JPAM belum sampai. Saya pun bergegas semula ke tempat yang diberitahu.

"Memang besar saiznya, beberapa kali saya tarik ekor, ia melawan. Malah ia mengembangkan kepala kerana terancam. Saya hanya gunakan sebatang kayu untuk tundukkan kepalanya perlahan-lahan sebelum terus mencengkam kepalanya dengan tangan," cerita lelaki berusia 29 tahun ini kepada mStar.

Ular tersebut kemudian diserahkan kepada JPAM yang tiba beberapa minit kemudian.

Bercerita mengenai 'kelebihannya' itu, lelaki ini berkata dia tidak mempunyai atau menggunakan sebarang ilmu bagi menangkap haiwan berbisa tersebut.

Isteri mana yang tak bimbang, tapi saya buat sebab bimbang keselamatan penduduk kampung. Apatah lagi baru-baru ini ibu saudara saya sendiri dipatuk ular sehingga sebatang jarinya terpaksa dibuang.

MUHAMMAD ZULFADHLI YUSOP

"Hanya perlu berani. Tapi berani sahaja tak cukup, kena selalu beringat sebab ia sangat berbahaya tambah pula ia bukan sebarang ular.

"Cuma, saya sudah pernah beberapa kali menangkap ular sebelum ini. Hanya menggunakan pengalaman yang ada. Rasanya pertama kali tangkap ular adalah 11 tahun lalu namun ini adalah ular terbesar yang pernah saya tangkap," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, isteri dan keluarganya pernah menyuarakan rasa bimbang dengan 'kebolehannya' itu kerana tidak mahu sesuatu yang buruk menimpanya.

Namun ujar lelaki ini, dia hanya menggunakan kebolehannya itu semata-mata mahu memastikan penduduk kampungnya terhindar daripada ancaman binatang berbisa tersebut.



Ular tedung selar yang berjaya ditangkap oleh Nyah diserahkan kepada JPAM.

"Isteri mana yang tak bimbang, tapi saya buat sebab bimbang keselamatan penduduk kampung. Apatah lagi baru-baru ini ibu saudara saya sendiri dipatuk ular sehingga sebatang jarinya terpaksa dibuang.

"Ular yang mematuk ibu saudara saya tu terlepas sebelum sempat ditangkap. Itu yang membuatkan saya geram," kata anak jati Perak ini.

Mengetahui video tersebut tular di media sosial, lelaki ini bagaimanapun berkata di sebalik komen-komen netizen yang kagum dan terhibur dengan dialek penduduk kampung, wujud beberapa kecaman lantaran perbualan beberapa rakannya yang sedikit kasar.

"Biasalah kalau bersembang di kampung, memang kasar sikit bunyinya. Tapi saya mewakili yang lain ingin memohon maaf jika ada yang rasa tak patut atau rasa tersinggung," ujarnya menutup bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ular tedung selar, berani, Nyah, ilmu

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain