suria

Jangan buat fitnah! Dr Imelda sekolahkan makcik bawang, bengang komen ‘tak pantang ais punca badan menggeleber’ - “Kalau laki hang nak cari lain, dia cari juga”

Pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin menjawab dakwaan seorang netizen yang memberikan komen kononnya ais penyebab badan menggeleber.

MASYARAKAT Melayu memang terkenal dengan adat resam serta amalan pantang larangnya.

Sebut sahaja budaya masyarakat Melayu, pasti di fikiran kebanyakan orang terbayang mengenai amalan berpantang selepas bersalin.

Segelintir wanita mengamalkan rutin pemakanan berpantang tertentu yang diperturunkan sejak zaman nenek moyang untuk diamalkan oleh satu generasi ke generasi yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nasihat ‘makcik bawang’ sangatlah mengarut” - Dr Imelda pelik... air kelapa punyalah nikmat, berkhasiat tapi wanita hamil dihalang sentuh

ARTIKEL BERKAITAN: Amal makan budu punca jadi bijak? Nanti dulu.... cuba hadam kata-kata Dr Amalina

Sebenarnya tiada halangan jika wanita ingin mengamalkan pantang larang dalam pemakanan, namun perkara yang paling penting adalah memastikan ianya diet seimbang serta menjamah makanan sihat.

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial Facebook apabila muncul ‘makcik bawang’ membuat dakwaan kononnya pengambilan ais sewaktu tempoh berpantang akan menyebabkan badan menggeleber, seterusnya menjadi punca suami ‘cari lain’.

Komen itu dilontarkan terhadap salah satu posting Facebook milik Pakar Sakit Puan, Dr Imelda Balchin.

Komen 'makcik bawang' yang mendakwa ais sebaga punca badan wanita menggeleber.

“Bila bersalin kenalah pantang minum ais. Nak badan cantik sampai tua taklah menggeleber sana sini. Dah tak cantik mulalah suami pandang ke lain.

“Bukan lama nak pantang pun. Badan kita nak pakai seumur hidup. Kita dapat beza orang pantang dengan tidak. Orang tak pantang badan cepat lenguh-lenguh. Wallahualam,” demikian tulis pelayar tersebut pada ruangan komen.

Sambil memuat naik imej tangkap layar komen tersebut, Dr Imelda dalam satu posting berasingan, menasihatkan agar pelayar berkenaan menunjukkan bukti mengenai dakwaannya sebelum membuat komen mengarut.

Kenapakah bentuk badan wanita belum lagi terbentuk di kalangan kanak-kanak perempuan sebelum baligh atau sebelum datang haid yang pertama, dan kemudiannya kenapa bentuk badan wanita mula hilang semula selepas menopous? Makcik ingat sebab minum ais ke?

DR IMELDA BALCHIN

PAKAR SAKIT PUAN

“…. sila tunjuk bukti wanita yang tak berpantang ais selepas bersalin ada lebih masalah rumah tangga sampai suami pandang perempuan lain bila dibandingkan dengan wanita yang pantang ais selepas bersalin. Kalau takdak bukti, jangan buat fitnah!

“Kedua, saya nak tanya, makcik bawang ini ada ilmu pengetahuan perubatan apakah yang menyebabkan bentuk tubuh wanita yang ramping di pinggang?” ujar Dr Imelda.

Beliau turut memberi penerangan mengenai perubahan bentuk tubuh wanita ketika sebelum baligh dan selepas menopous.

Dr Imelda menjelaskan ais bukan penyebab bentuk badan wanita menggeleber.

“Kenapakah bentuk badan wanita belum lagi terbentuk di kalangan kanak-kanak perempuan sebelum baligh atau sebelum datang haid yang pertama, dan kemudiannya kenapa bentuk badan wanita mula hilang semula selepas menopous? Makcik ingat sebab minum ais ke?

“Jawapannya ialah hormon estrogen yang sangat sedikit dalam kalangan kanak-kanak dan wanita selepas menopous. Makcik bawang tak tahu, kenalah belajar,” kata beliau.

Tambah Imelda, semua wanita akan mengalami perubahan bentuk badan selepas menopous kerana perubahan hormon wanita.

Dr Imelda bersama suami.

“Kita mesti terima hakikat ini, dan terus memberi keyakinan dan semangat kepada wanita-wanita, bukan menakut-nakutkan wanita dengan kenyataan ‘suami pandang lain’. Inilah dinamakan pembuli masyarakat,” katanya lagi.

Posting itu sehingga kini meraih 1,600 shares dan ratusan komen, yang rata-ratanya menyokong hujah doktor tersebut.

“Kadang tak faham dengan ibu zaman moden tapi masih terikut dengan pantang karut marut tu,” tulis seorang netizen.

“Dah kalau laki hang nak cari lain, dia cari juga… tak ada kena mengena dengan pantang pun,” komen seorang netizen lagi.

“Terima kasih doktor kerana memberi kesedaran dan ilmu-ilmu yang diharap dapat membuka mata masyarakat,” tulis netizen lain pula.   

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Dr Imelda, pantang, menggeleber, ais

Artikel Lain