“Nasihat ‘makcik bawang’ sangatlah mengarut” - Dr Imelda pelik... air kelapa punyalah nikmat, berkhasiat tapi wanita hamil dihalang sentuh - Viral | mStar

“Nasihat ‘makcik bawang’ sangatlah mengarut” - Dr Imelda pelik... air kelapa punyalah nikmat, berkhasiat tapi wanita hamil dihalang sentuh

Air kelapa mempunyai banyak khasiat dan elok diminum wanita hamil.

KITA sering dimomokkan bahawa ibu hamil tidak digalakkan minum air kelapa kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

Namun Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin menyifatkan perkara itu adalah mitos dan mengarut, malah tidak berdasarkan fakta.

Dr Imelda mengakui air kelapa mengandungi banyak khasiat mineral yang elok diminum wanita ketika hamil, selepas bersalin dan semasa datang haid.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh air lemon, air kelapa dan kangkung mampu rawat koronavirus, ini respons Dr Amalina yang perlu diberi perhatian!

ARTIKEL BERKAITAN:Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam

"Masalahnya di Malaysia ialah ramai 'makcik bawang' nak bagi nasihat mengarut suruh wanita Malaysia pantang air kelapa muda semasa datang haid, suruh pantang air kelapa muda semasa hamil, selepas bersalin.

"Nasihat 'makcik bawang' sangatlah mengarut dan tidak berdasarkan fakta. Lepas tu suruh beli produk-produk sampah pula.

"Nikmat semulajadi kurniaan Tuhan ada di depan muka tetapi nak pantang kurniaan Tuhan. Memang tak masuk akal la kan," katanya dalam satu posting di Facebook.

Dr Imelda Balchin.

Jelas Dr Imelda lagi, air kelapa juga adalah minum terbaik selepas aktiviti bersukan.

"Air kelapa muda sejuk ialah nikmat kurniaan Tuhan semulajadi yang hebat, mengandungi banyak khasiat mineral selepas bersukan.

"Kita sangat bernasib baik sebab hidup di iklim tropika dan boleh dapat nikmat ini dengan senang.

"Di negara panaslah tumbuhnya pokok kelapa, dan di negara panaslah manusia lebih kerap berpeluh sehingga memerlukan lebih penggantian mineral sodium, potassium dan magnesium," katanya.

Dalam pada itu, Dr Imelda turut menggesa pemberhentian penjualan produk 'sampah' di media sosial.

"Saya pantang produk sampah hangpa. Dah ada jus segar semulajadi nikmat Tuhan, buat apa saya nak beli jus campoq-campoq overclaim yang hangpa juai dalam botoi dengan harga cekik darah??

"Kalau 'makcik bawang' nak suruh sangat orang lain berpantang demi kesihatan, berhentilah tunjuk resipi kek kek manis hangpa tu dalam media sosial. Itu kan junk food? Apa yang penting untuk kesihatan pun hangpa tak tau, lepas tu nak bagi nasihat perubatan?" soalnya.

Dr Imelda menyifatkan larangan minum air kelapa ketika hamil, selepas bersalin dan masa datang haid sebagai mengarut.

Posting Dr Imelda mendapat respons positif dalam kalangan netizen sehingga ada berkongsi pengalaman sendiri minum air kelapa semasa hamil di ruangan komen.

"Betul tu doktor. Saya start tau pregnant dah minum air kelapa. Dari anak 1st sampailah nak masuk nombor dua. Dapat pure kelapa muda Allah nikmatnyalah sebab kita tau khasiat kelapa teramatlah banyak," kata Daia.

"Masa 1st pregnancy, segala kepantangan bawang Holland tok nenek saya tak makan. Sekarang saya mengandung anak kedua. Memandangkan saya kenal doktor sebelum saya pregnant, so far saya dah makan nenas, air kelapa, dua ulas Musang King dan juga air tebu nikmat yakmat (dalam kadaran wasatiyyah)," tulis seorang lagi netizen.

Minum air kelapa bukan penyebab baby keluar jadi putih.

DR AMALINA CHE BAKRI.

Pakar bedah.

Tweet Dr Imelda turut dikongsi pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri.

Namun Dr Amalina berpendapat minum air kelapa bukan penyebab kulit bayi baru lahir putih bersih.

Ini kerana ramai netizen berkongsi bahawa amalan minum air kelapa menyebabkan kulit anak mereka yang baru dilahirkan putih bersih.

Tweet Dr Amalina mengenai air kelapa.

"Minum air kelapa bukan penyebab baby keluar jadi putih.

"Sebenarnya, bayi memerlukan selaput putih iaitu Vernix caseosa yang melindungi baby baru lahir supaya kulit menjadi sihat, menjadi pelincir semasa proses kelahiran dan melindungi daripada infection semasa dalam kandungan," katanya.

Jelas Dr Amalina lagi, tabiat minum minyak kelapa dara juga tiada kaitan memudahkan proses bersalin.

"Tak ada kaitan langsung," katanya.

air kelapa , hamil , datang haid , pantang , kulit bayi , putih

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain