suria

Heboh air lemon, air kelapa dan kangkung mampu rawat koronavirus, ini respons Dr Amalina yang perlu diberi perhatian!

Dr Amalina menafikan kangkung, air lemon dan air kelapa mampu merawat jangkitan koronavirus.

TIADA kajian spesifik mengatakan pengambilan air lemon, air kelapa atau sayur hijau seperti kangkung mampu merawat jangkitan koronavirus, kata Dr Amalina Che Bakri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang Doktor Kesihatan Profesional (MBBS) yang juga usahawan, Dr Noordin Darus berkenaan rawatan jangkitan koronavirus seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Menurut Dr Amalina, ketika ini, saintis dan doktor masih membuat kajian untuk mengetahui secara terperinci tentang virus berbahaya itu dan sedang mencari penawar terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak takut... sila perketat dan kemaskini!” - Dr Amalina kata tak masuk akal Malaysia guna undang-undang kawal produk kesihatan sama sejak 1956!

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah," kata Dr Amalina kepada isteri Aliff Syukri

"Banyak maklumat yang belum diketahui. Minum air kosong dan makan sayur-sayuran perlu dilakukan semua orang sebagai amalan gaya hidup sihat seumur hidup untuk mencegah penyakit.

Air kelapa dan air lemon didakwa mampu merawat jangkitan koronavirus.

"Namun tidak ada kajian spesifik untuk novel koronavorius setakat ini berkaitan air lemon, air kelapa atau kangkung," kata dalam satu posting di Twitternya.

Dalam pada itu, Dr Amalina turut menggesa orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan rawatan jangkitan itu.

"Tolong dapatkan info sahih daripada Kemterian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan medical journal seperti TheLancet untuk maklumat lanjut.

Banyak maklumat yang belum diketahui. Minum air kosong dan makan sayur-sayuran perlu dilakukan semua orang sebagai amalan gaya hidup sihat seumur hidup untuk mencegah penyakit.

DR AMALINA CHE BAKRI.

Pakar bedah.

"Dear SinarOnline you do need to fact-check your article, please. Jangan menulis tentang benda yang tidak sahih," katanya.

Sementara itu, netizen turut mempertikaikan gelaran doktor yang ditemubual akhbar terbabit.

"Dr Noordin ini daripada golongan pseudoscience juga. Dia jual semua produk overclaimed. Orang macam ni yang Sinar ambil jadi sumber berita?? Hahaha," tulis Syah.

Koronavirus boleh menyebabkan gangguan sistem pernafasan, pneumonia akut sehingga menyebabkan kematian.

"Amazed that this interviewed doctor found a way put of the virus," kata Hafanzeee.

Terdahulu, Dr Noordin berkata sesiapa yang terkena jangkitan koronavirus dinasihatkan untuk meminum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama.

Tambahnya, pada hari kedua pula pengambilan air itu perlu diteruskan tetapi dikurangkan kepada masing-masing lima gelas serta perlu mengambil banyak sayur hijau seperti kangkung.

"Uniknya koronavirus dia serang saluran pernafasan sama seperti influenza. Jadi saya juga nasihatkan jangan kerap makan gula, susu dan daging (sebagai usaha meningkatkan ketahanan badan)," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain