suria

“Bila gigit macam tak ada apa” - Walau alas perut, wanita ini pelik sandwich sekadar ‘dicalit’ telur je!

Sebelum kes sandwich telur, Mia juga pernah terbeli karipap oksigen yang tidak mempunyai inti penuh.

TAK nampak rupa sandwich!

Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan nasib malang seorang wanita pada pagi Selasa.

Hanya ingin dikenali sebagai Mia, 28, dia berasa seolah-olah tertipu dengan hidangan sandwich telur yang dibelinya di sebuah stesen minyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Karipap Oksigen, Kini Inti Bawang Sebiji

ARTIKEL BERKAITAN: Kontraktor ini tak layan komen negatif posting gambar karipap dan kapsyen 'planet mana yang aku duduk' “Sekarang dah tahu namanya pastil”

Ujarnya, dia sekadar mahu mengalas perut untuk menempuh perjalanan sejam dari Gombak menuju ke tempat kerja di Balakong, Selangor.

Namun, sandwich yang diterimanya ternyata mengecewakan dan tidak berbaloi dengan harga RM2.50 yang dibayarnya apabila telur yang sepatutnya disapu penuh atas dua permukaan roti hanya 'dicalit' sahaja.

"Dari rumah nak ke tempat kerja, berhenti nak isi minyak dan beli makanan. Beli untuk alas perut.

Mia berhenti di sebuah stesen minyak sebelum membeli sandwich itu pada Selasa pagi.

"Dari luar nampak inti, bila gigit macam tak ada apa. Tak tahu nak nangis atau ketawa?

"Saya tak adalah sampai marah, tapi agak terkejut," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Menurut Mia lagi, posting di Twitter mengenai hal itu bukan berniat membuka aib peniaga, sebaliknya ia satu teguran semata-mata.

Mungkin RM2.50 mahal untuk sesetengah individu. Kena la jual benda yang berbaloi dengan harga.

MIA

PEMBELI

Ujarnya lagi, setiap peniaga haruslah bersikap ikhlas dan jujur, apatah lagi jika melibatkan produk makanan.

"Bukan saya nak buka aib. Saya kongsi sekadar teguran kepada peniaga-peniaga di luar sana.

"Mungkin mereka terlepas pandang, atau ada sebab tersendiri. Tapi kena ikhlas kalau nak berniaga.

Posting Mia di Twitter.

"Mungkin RM2.50 tu mahal untuk sesetengah orang. Kena la jual benda yang berbaloi dengan harga," ujarnya lagi.

Menurut Mia, ia bukanlah kali pertama dia berhadapan situasi berkenaan, Malah, pernah terbeli karipap oksigen sebagaimana pernah tular sebelum ini.

Enggan mengeruhkan keadaan, Mia juga sudah memadam tweet berkenaan di Twitter miliknya.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Mia, sandwich telur, karipap oksigen

Artikel Lain