suria

Kontraktor ini tak layan komen negatif posting gambar karipap dan kapsyen 'planet mana yang aku duduk' “Sekarang dah tahu namanya pastil”

Khai tidak kisah dikecam dengan statusnya mengenai karipap inti bihun.

GARA-gara terkejut dengan inti karipap, seorang pemuda dikecam kerana dianggap tidak prihatin dengan perasaan orang Sabah.

Ia bermula apabila seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Khai memuat naik gambar sebiji karipap yang berintikan bihun goreng.

Namun bukan gambar karipap itu yang menjadi tarikan netizen, sebaliknya postingnya 'Karipap inti angin aku boleh terima lagi sebab kentangnya sikit, kali ini bihun. Planet mana yang aku duduk kali ini.'

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Karipap Oksigen, Kini Inti Bawang Sebiji

ARTIKEL BERKAITAN: Penggemar anggap scam peniaga Roti John bazar Ramadan 'lain macam', “Isi halus, sos berlambak, 'add' perkataan leleh... RM7”

Postingnya menjadi tular di Twitter dengan lebih 16,000 ulang kicau.

Menurut Abang Khai, dia tidak peduli dengan kritikan terhadapnya selepas posting itu 'blow up'.

Status Khai yang menjadi perdebatan di kalangan pengguna Twitter.

"Di media sosial apa sahaja yang kita 'up' memang akan jadi perhatian. Setakat kritikan itu sudah biasa bagi saya.

"Apa yang saya muat naik itu memang ikhlas kerana itu pertama kali saya makan karipap inti bihun.

"Ketika waktu rehat bekerja Jumaat lalu, perut saya terasa lapar dan terus beli karipap itu. Saya fikir isinya kentang atau sardin, tetapi sebaliknya yang saya tengok.

"Memang tidak ada rasa apa-apa," kongsinya bersama mStar.

Abang Khai anak kelahiran Kulai, Johor yang berusia 20-an ini memberitahu, dia mengambil segala komen dan kritikan terhadap posting itu secara positif.

"Yang beri komen-komen negatif tu memang saya tak layan. Tetapi apa yang paling menarik dengan posting itu jugalah saya tahu nama sebenar karipap itu adalah 'pastil' merujuk kepada makanan tradisi orang Sabah.

Saya memang tidak ada niat pun nak menghina makanan itu, cuma terkejut sebab ini pertama kali.

ABANG KHAI

"Memang ia sudah lama, tetapi ramai yang tidak tahu mengenainya. Sebenarnya ia perlu dimakan dengan sos cili. Cuma ketika saya beli tu, tak terlintas sos yang disediakan di gerai itu.

"Saya memang tidak ada niat pun nak menghina makanan itu, cuma saya terkejut sebab ini pertama kali.

"Mungkin lepas ini saya akan makan dengan cara yang betul...makan dengan sambalnya," katanya yang bekerja sebagai kontraktor di Pasir Gudang.

Sebahagian pelbagai komen terhadap posting Khai.

Jelas Abang Khai, media sosial ini sebenarnya tempat paling sesuai untuk berkongsi apa sahaja maklumat.

"Seperti pastil ini, pada mulanya saya tidak tahu tetapi gara-gara status saya ini ia telah menjadi perkongsian lebih jelas.

"Sebenarnya negara kita ini terdapat pelbagai makanan tradisional yang tidak semua kita tahu. Setiap negeri ada kuih atau makanan istimewa tersendiri," tambahnya ringkas.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
karipap, Inti, Bihun, Sabah, pastil

Artikel Lain