“Guna pensel 2B saja” - Bukan fotostat, Tunku Azizah suka... satu lagi karya rakyat biasa bakal masuk Istana Negara!

Lukisan potret wajah Tunku Azizah yang dilukis seorang pelajar jurusan Quran Sunnah bakal dihantar ke Istana Negara.

SEBIJI macam lukisan fotostat!

Pasti itulah tanggapan pertama yang terlintas di benak fikiran sesiapa saja yang melihat lukisan potret wajah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dihasilkan pemuda ini. 

Berkongsi cerita dengan mStar, insan di sebalik lukisan tersebut, Muhammad Izzul Iman Zainal berkata, karya berkenaan dihasilkannya sebagai hadiah daripada seorang rakyat kepada permaisuri yang dikaguminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah - Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh tidur lepas dapat tweet Tunku Azizah jam 1 pagi, pemuda ini impi serah 'by-hand' karya seninya - “Dah lama pendam nak lukis tapi sibuk” 

“Sebenarnya lukisan pertama tu saya dah lukis lama juga. Saya lukis dan rakam, kemudian saya muatnaik gambar dan video di Instagram. Tak sangka, baginda perasan dan tinggalkan komen menyatakan baginda suka kerana dirinya kelihatan muda.

“Saya kemudian hantar Direct Message (DM) kepada baginda dan bertanya, boleh tak jika patik nak bagi hadiah kepada Tuanku? Baginda kemudian menjawab ‘Boleh saja’.

“Tak sangka baginda suka sebab lukisan itu saya buat biasa-biasa saja. Disebabkan saya teruja dengan jawapan baginda, saya hasilkan lukisan yang baharu. Namun baginda kata, lukisan yang pertama dah cantik. Tapi saya tetap nak lukis baharu sebab tak puas hati dengan yang pertama,” katanya.

Tunku Azizah meninggalkan komen pada video yang dimuatnaik Izzul di Instagram. 

Pemuda berusia 20 tahun ini berkata, lukisan yang kedua itu mengambil masa kira-kira empat minggu kerana dirinya terikat dengan komitmen sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

“Lukisan kedua itu kemudiannya saya post dekat Instagram, namun ramai kawan minta saya post di Twitter. Tak sangka, baginda retweet dan like video tersebut.

“Sepanjang hidup, ini pengalaman pertama dapat balasan daripada kerabat diraja. Memang terkejut dan speechless terima respon daripada individu yang tak sama level dengan kita.

“Tambahan pula baginda antara insan yang saya kagumi. Saya rasa semua rakyat suka kepada baginda, sopan, anggun dan dekat dengan rakyat,” ujarnya.

Tambah Izzul, lukisan tersebut sudah pun siap dibalut cantik dan menunggu masa untuk dihantar kepada Tunku Azizah.

Lukisan kedua yang sudah siap dipasang bingkai untuk dihantar kepada Tunku Azizah.

“Baginda membalas mesej mengatakan akan pulang ke Malaysia dari Jepun pada Khamis (24 Oktober). Jadi dalam masa beberapa hari nanti mungkin akan dihantar kepada baginda.

“Di samping lukisan tersebut, saya turut menitipkan sekeping kad ucapan kepada baginda, menzahirkan rasa terharu kerana baginda sudi menerima pemberian daripada rakyat biasa ini,” kata pelajar semester tiga jurusan Quran Sunnah ini.

Disebabkan saya teruja dengan jawapan baginda, saya hasilkan lukisan yang baharu. Namun baginda kata, lukisan yang pertama dah cantik. Tapi saya tetap nak lukis baharu sebab tak puas hati dengan yang pertama.

MUHAMMAD IZZUL IMAN ZAINAL

Sebelum ini, beberapa individu pernah menghasilkan lukisan potret wajah Tunku Azizah dan memuatnaik di laman sosial masing-masing. Antaranya, Teme Abdullah yang mana karya arkitek muda itu sudah pun memasuki Istana Negara.

Menyentuh mengenai teknik lukisan, pemuda yang lebih mesra dipanggil Izzul ini berkata, dia hanya menggunakan pensil biasa dan beberapa peralatan lazim melukis yang lain.

“Saya hanya gunakan dua jenis pensil sahaja, iaitu pensil 2B dan pencil HB, dan tentunya pemadam dan kertas lukisan.

“Teknik biasa saja, cuma penggunaan tona hitam putih itu nampak lebih realistik. Sebelum ini, ada juga client yang minta lukis potret mereka tona hitam putih, sebab nampak hidup,” ujar Izzul yang turut menerima tempahan melukis potret daripada pengikutnya di laman sosial.

Antara komen netizen yang memuji karya Izzul.

Sungguhpun tidak menyambung pengajian dalam bidang seni, Izzul tidak menolak kemungkinan untuk bergiat secara serius dalam bidang tersebut dan menjadikannya kerjaya tetap pada masa akan datang.

“Saya memang minat melukis dari kecil lagi, dan sampai sekarang tetap minat melukis. Pada masa kini, boleh dikatakan saya menjana pendapatan sampingan dengan menerima tempahan melukis potret.

“Saya tidak menolak kemungkinan untuk bergelar pelukis suatu hari nanti kerana memang itu minat saya sejak dahulu lagi,” ujarnya mengakhiri bicara.    

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain