suria

Amal makan budu punca jadi bijak? Nanti dulu.... cuba hadam kata-kata Dr Amalina

Dr Amalina mendedahkan dia tidak suka makan buduk tapi amat menggemari lontong.

KEBIJAKSAAN pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Che Aminah Bakri terus menjadi inspirasi buat anak muda untuk berjaya seperti dirinya.

Baru-baru ini seorang netizen bertanya kepada Dr Amalina mengenai rahsia kepintarannya.

Dalam postingnya di Twitter, Akid Noh bertanya:"Betul ke makan budu antara khasiat untuk bijak. Ramai budak-budak Kelantan bijaksana especially @DrAmalinaBakri jelaskan."

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut nasihat salah! Kata Dr Amalina... hand sanitizer berkesan bunuh virus Covid-19 tapi tak boleh ganti amalan cuci tangan

Namun Dr Amlina yang juga dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan mendedahkan dia sebenarnya tidak suka makan budu, walaupun ia hidangan yang popular di pantai timur itu.

Tapi katanya, dia amat menggemari lontong yang juga makanan tradisional negeri Johor.

Jawapan Dr Amalina kepada pertanyaan seorang netizen di Twitter.

Namun Dr Amalina menjelaskan dua makanan itu bukan menjamin kebijaksanaan seseorang.

"Sebenarnya saya tak suka makan budu. Saya dibesarkan di Johor Bahru. Saya suka makan lontong. Tapi tiada kena-mengena langsunglah," katanya.

Rata-rata bersetuju dengan Dr Amalina dan berpendapat amalan penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu yang gemar makan ikan antara punca ramai pelajarnya bijak pandai.

"Mak saya cakap bukan sebab makan budu sebenarnya tapi sebab orang Kelatan suka makan ikan tongkol. Dalam ikan tongkol tu ada apa ntah yang elok untuk otak," kata Mel.

"Ada Omega 3. Bukan ikan tongkol je, ada ikan kembung pun. Makanlah ikan banyak-banyak sebab memang bagus untuk otak," kata Siti.

Lontong Johor hidangan istimewa di pagi Raya.

Sementara itu Dr Amalina turut tidak bersetuju mengenai dakwaan ikan singgang berpotensi merawat penyakit koronavirus (Covid-19) yang disiarkan sebuah stesen TV.

"Aduhai @BuletinTV3," katanya.

Laporan berita itu turut dikecam netizen kerana cuba mengelirukan orang ramai.

Sebenarnya saya tak suka makan budu. Saya dibesarkan di Johor Bahru. Saya suka makan lontong. Tapi tiada kena-mengena langsunglah.

DR AMALINA CHE BAKRI.

"Disebabkan berita ini, hari ini mak ayah aku masakkan kuah singgang satu periuk besar untuk aku dan kakak aku. Gais tolong doakan result test Covid kakak aku negatif," kata Azira.

"Tolonglah jangan keluar statement/berita yang mislead. Jenuh tau saya nak explain kat mak ayah saya! Possibility sana sini macam tu saya pun boleh kata sambal kicap mak saya boleh ubat kanser! Thank you Dr Amalina, tolong cubit orang TV3 ni!," kata Huda.

Hidangan ikan singgang yang didakwa berpotensi merawat jangkitan Covid-19.

Walaupun kurang senang dengan laporan berita itu, Dr Amalina memberitahu dia teringin makan hidangan tersebut.

"Apa-apa pun saya terliur pulak nak makan ikan singgang, mana nak dapat kat London ek?," soalnya.

"Kena masak sendiri doktor. Kalau balik KL p selera ramai Kg Baru. Sedap," tulis Shahida.

Untuk rekod Dr Amalina memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada 2004.

Wanita berusia 32 tahun ini bergelar doktor setelah menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Dr Amalina, budu, lontong, ikan singgang, bijak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain