PPE lindung emosi! ‘Angkasawan’ akui hiba lihat budak 3 tahun disyaki Covid-19 akhirnya ceria tunggu ambulans - “Bye-bye, terima kasih astronaut!”

Seorang pesakit kanak-kanak yang disyaki Covid-19 menganggap frontliner yang memakai PPE sebagai angkasawan. Gambar hiasan/Foto AFP

SAYU mendengar kisah kanak-kanak sakit, apatah lagi yang disyaki mahupun disahkan positif Covid-19.

Pada usia semuda itu, apalah yang mereka tahu tentang virus yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa di seluruh dunia itu.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, seorang doktor yang merupakan petugas barisan hadapan (frontliner) untuk kes Covid-19 menceritakan mengenai tugasnya memeriksa pesakit kanak-kanak yang disyaki dijangkiti virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi”

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit tak cakap benda betul, doktor kena kuarantin... ‘sakit’ lihat anak meraung minta dukung - “Tolong jangan menonong masuk klinik”

Menurutnya, setakat ini, kanak-kanak yang diperiksanya berumur antara setahun hingga empat tahun yang mempunyai simptom-simptom seperti demam, selesema dan batuk.

Luahan seorang doktor yang mengendalikan pesakit kanak-kanak yang disyaki positif Covid-19.

“Ada antara mereka dapat jangkitan daripada kontak rapat salah seorang ahli keluarga yang terlibat dengan perhimpunan tabligh, pulang dari luar negara dan kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Apa yang membezakan pesakit kanak-kanak dengan pesakit dewasa ialah kanak-kanak tidak tahu sangat apa yang sedang terjadi. Jadi, mereka masih seperti biasa, gembira, masih boleh ketawa dan berjenaka dengan ibu bapa mereka,” kata doktor berusia 28 tahun itu kepada mStar.

Dr J yang bertugas di sebuah hospital di Selangor berkata, baru-baru ini dia memeriksa seorang kanak-kanak yang disyaki Covid-19, umurnya sekitar dua dan tiga tahun.

Petugas kesihatan giat mengambil sampel dan keterangan daripada individu yang datang untuk saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

Selain ibunya yang risau mengenai keadaan anaknya, kanak-kanak itu juga agak takut apabila melihatnya dan jururawat memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

“Saya cuba pujuk untuk buatkan mereka selesa dengan saya dan tidak cemas. Saya puji cantiknya baju dan jam tangan watak superhero Iron Man yang dia pakai.

“Kemudian maknya beritahu dia yang saya adalah astronaut (angkasawan) yang mahu membantu dia agar sihat. Masa tu saya sebak kerana adik ni menunjuk tangan kepada saya dan kata ‘astwonout’,” katanya merujuk PPE yang dipakainya disamakan seperti pakaian angkasawan.

Apa yang membezakan pesakit kanak-kanak dengan pesakit dewasa ialah kanak-kanak tidak tahu sangat apa yang sedang terjadi. Jadi, mereka masih seperti biasa, gembira, masih boleh ketawa dan berjenaka dengan ibu bapa mereka

DR J

Menurut Dr J, kanak-kanak yang kembali ceria itu akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk rawatan lanjut, dan aksi spontan anak kecil itu kembali mengundang sebaknya sementara menunggu ketibaan ambulans.

“Kanak-kanak itu cakap ‘Bye-bye... terima kasih astronaut!.’ Saya beri kata-kata semangat kepada ibunya yang perlu menjaga anaknya di wad.

“Ibu kanak-kanak itu cakap ‘Tak kisah doktor... saya sanggup, apa-apa yang terbaik untuk anak saya’. Seperti mana-mana keluarga pesakit, saya nasihatkan ibunya untuk tidak putus asa, pastikan anaknya tenang dan berikan semangat.

“Saya beritahu ibu bapa pesakit supaya mereka kuatkan semangat. Sentiasa berfikiran positif kerana kegembiraan anak dipengaruhi oleh sokongan ibu bapa di saat mereka amat memerlukannya,” katanya sambil menambah kanak-kanak itu adalah pesakit di bawah siasatan (PUI), berikutan kontak rapat pesakit positif Covid-19.

Keadaan seorang petugas kesihatan semasa menjalankan pemeriksaan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

Di sebalik topeng PPE yang dipakainya selama berjam-jam, doktor dari Seri Kembangan, Selangor itu gembira melihat pesakit kanak-kanak masih mampu tersenyum dengan keadaan yang menimpa mereka.

“Sebagai pegawai perubatan pediatrik, melihat kanak-kanak yang sakit di hospital senyum dan melihat mereka pulih adalah perkara yang paling saya suka dan puas dalam menjalankan tugas.

“Sebenarnya juga, saya sedih kerana kanak-kanak ini masih kecil dan tidak tahu apa-apa sangat. Apa yang kuatkan semangat saya adalah berkhidmat kepada rakyat untuk membanteras pandemik ini.

“Saya percaya sekiranya rakyat mengikut arahan kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), insyaAllah kita boleh mengatasi pandemik ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain