Seram tapi lucu! Budak 9 tahun doa ibu bapa tak dirasuk syaitan, jadi pembunuh - “Buat orang keliru sikit, tapi niatnya baik”

Gelagat Nuraisya Humaira mencuit hati netizen gara-gara membacakan doa supaya ibu bapanya tidak dirasuk syaitan. Foto: Mohammad Rahimi Jamaludin

“SEMOGA dimakbulkan, dik. Doa adik sangat rare. Tersedak malaikat dengar”

Demikian antara komen lucu netizen terhadap perkongsian seorang pelayar Twitter yang memuatnaik satu klip video gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang memohon doa untuk kedua ibu bapanya.

Menerusi klip video berdurasi 31 saat yang dimuatnaik di akaun RahimiJmldn itu, kedengaran bait-bait doa yang diucapkan oleh kanak-kanak perempuan tersebut yang mana memohon agar ibu dan bapanya tidak dirasuk syaitan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampin ayahnya dipotong, nasib yang lama punya” - Budak 9 tahun lipat tanjak macam pro lepas tonton Upin Ipin

ARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun 1 ni bukan main bangga beli makanan sendiri, tapi tak tahu maksud viral - “Memang suka berangan, patutlah orang panggil kakak viral”

“Ya Allah, Kau janganlah kasi mak ayah aku dirasuk oleh syaitan. Ya Allah, Kau janganlah kasi mak ayah aku selalu buat jahat. Ya Allah, Kau janganlah kasi mak ayah aku jadi syaitan. Ya Allah, Kau janganlah kasi mak ayah aku jadi macam pembunuh,” demikian doa kanak-kanak perempuan tersebut sambil ‘diaminkan’ oleh seorang lagi kanak-kanak perempuan lain.

Dimuatnaik beserta kapsyen “Amenda extreme sangat doa anak buah aku ni”, video itu sehingga kini meraih 28,500 retweet dan 23,000 likes.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelayar bernama Mohammad Rahimi Jamaludin berkata, gelagat kanak-kanak perempuan tersebut yang merupakan anak saudaranya dirakamkan ketika berada di kampungnya di Mentakab, Pahang.

Nuraisya Humaira (depan) bersama adik beradiknya ketika menyambut ulang tahunnya, baru-baru ini. 

Ujar Mohammad Rahimi, ketika itu seisi keluarganya baru saja selesai menonton sebuah filem seram tempatan berjudul Munafik.

“Ketika itu, anak buah saya yang bernama Nuraisya Humaira Mohd Haizal baru selesai menonton filem Munafik bersama ahli keluarga yang lain, dan selepas itu mereka menunaikan solat Isyak. Selesai solat, dia boleh pula baca doa seperti itu.

“Disebabkan rasa doa itu agak pelik dan lucu, adik perempuan saya pun rakam dan hantar ke dalam Group WhatsApp keluarga. Mungkin dia bimbang apa yang ditonton di dalam filem tersebut bakal terjadi kepada kedua ibu bapanya.

“Ketika itu ibu bapanya iaitu kakak sulung saya tiada di kampung. Mereka tinggalkan Nuraisya di kampung ketika cuti sekolah, iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa. Kakak saya pun terkejut bila lihat video yang dihantar itu,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Bimbang juga ada yang fikir anak saudara saya doa sebab ada masalah dalam keluarga kami, atau ibu bapanya ada melakukan sesuatu. Tapi dia doa seperti itu selepas tengok filem tersebut.

MOHAMMAD RAHIMI JAMALUDIN

BAPA SAUDARA

Menurut pemuda berusia 26 tahun ini lagi, doa tersebut juga tidak ada kaitan dengan masalah keluarga atau sebagainya.

“Bimbang juga ada yang fikir anak saudara saya doa sebab ada masalah dalam keluarga kami, atau ibu bapanya ada melakukan sesuatu. Tapi dia doa seperti itu selepas tengok filem tersebut. Mungkin itu yang sedang terlintas di kepalanya.

“Saya saja kongsikan di laman sosial sebab rasa ia sangat kelakar. Tapi tak sangka pula ramai yang terhibur dan beri komen-komen lucu. Siap ada yang cakap malaikat pun boleh tersedak dengar doa dia,” ujarnya yang menetap di Johor.

Bercerita lebih lanjut mengenai perwatakan Nuraisya Humaira, Mohammad Rahimi berkata anak saudaranya yang berusia sembilan tahun itu merupakan seorang yang sangat keletah dan selalu mengikuti trend hiburan terkini.

Nuraisya Humaira seronok tinggal di rumah datuk dan neneknya di Mentakab, Pahang kerana dikelilingi ramai sepupu.

“Dia merupakan antara yang paling sulung di antara sepupu-sepupunya yang lain. Waktu cuti sekolah, memang dia suka berada di kampung sebab ramai sepupu sebaya, tambahan pula ibu-ibu saudaranya rajin melayan.

“Dia sangat cepat terpengaruh kalau tengok filem atau dengar lagu di radio, dan dia akan cepat ‘tangkap’. Lagu-lagu baharu dekat radio cepat sahaja dia hafal, termasuklah lagu artis K-Pop sebab terikut-ikut dengan ibu saudaranya.

“Kalau tinggalkan dia di kampung lama-lama pun dia sangat tiada masalah sebab dia ramai sepupu dan lebih bebas nak bermain berbanding di rumah ibu bapanya di Putrajaya. Adik-adik saya akan selalu ‘update’ aktiviti hariannya kepada ibu bapanya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang beri respon positif dan beri komen-komen lucu. Ada mesej lain yang nak disampaikan juga, iaitu kanak-kanak sememangnya jujur dalam kata-kata mereka. Niat mereka mahu Allah lindungi ibu bapa… cuma mungkin penyusunan kata-kata tu buat orang keliru sikit, tapi niatnya baik,” ujarnya mengakihiri bicara.

Antara komen netizen yang terhibur dengan gelagat Nuraisya Humaira.

Perkongsian tersebut mengundang komen-komen lucu netizen yang terhibur dengan gelagat mencuit hati kanak-kanak perempuan tersebut.

“Syaitan pun lari lepas dengar doa adik. Hahahahah,” komen seorang netizen.

“Ikhlasnya berdoa… kabulkan doa dia Ya Allah,” komen netizen lain pula.

“Mesti ternganga mak ayah ko dik oii... mau keluar bawak tasbih lepas ni,” tulis seorang lagi netizen. 

doa, rasuk, syaitan, malaikat, ibu bapa

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain