Pelanggan batal tempahan, rider Foodpanda terdetik bagi fastfood kepada kucing jalanan sebelum akhirnya diberi kepada insan yang sangat lapar

Syah merupakan rider Foodpanda yang pertama di daerah Muar, Johor.

TIDAK perlu menjadi kaya untuk bersedekah, cukuplah hanya sekadar memberi apa yang ada mengikut kemampuan.

Tindakan spontan dua rider Foodpanda pada Ahad lalu mendapat pujian ramai selepas pelanggan bertindak membatalkan pesanan lalu mereka memberikan makanan tersebut kepada gelandangan.

Ketika dihubungi mStar, Syarazid Zulkifli, 23, memberitahu pada waktu itu dia telah membeli makanan di sebuah restoran makanan segera namun disebabkan jalan ditutup, pesanan itu terpaksa dibatalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “24 jam bertugas, tak tahu dah makan ke belum” - Gaji tak besar tapi geng rider Food Panda buat anggota polis, tentera tersenyum

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda bukan saja hantar makanan ‘on time’, selamatkan perempuan cuba bunuh diri pun tepat pada masanya!

"Banyak juga makanan tu, nilai kesemuanya dalam RM80. Ada dalam lima ketul ayam goreng dan burger.

"Kebetulan pula waktu tu saya dah habis syif, jadi saya dan rakan saya, Amir, pada mulanya nak beri kepada kucing jalanan, kalau nak bawa balik semua pun banyak.

"Tapi sayang pula sebab makanan elok lagi... jadi kami pun cari gelandangan yang ada di sekitar Muar, Johor," ujar pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Syah itu.

Tambah Syah lagi, makanan yang disedekahkan tidaklah banyak, namun memadai untuk diberikan kepada tiga orang gelandangan.

Syah memberitahu semasa tempoh PKP, pelanggannya meningkat sebanyak dua kali ganda.

"Kami beri kepada gelandangan yang tunggu di depan bank. Selalunya mereka makan menggunakan duit sedekah daripada pelanggan yang keluar masuk, dah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni orang pergi bank pun tak ramai.

"Sewaktu saya beri makanan, saya boleh nampak muka mereka sangat lapar sambil tak berhenti cakap terima kasih kepada saya.

Saya tengok mereka pun dah sebak, tak dapat bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri jadi macam tu.

SYAH

"Saya tengok mereka pun dah sebak, tak dapat bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri jadi macam tu.

"Ramai orang cakap kerja macam saya ni susah, tetapi saya tidak berpendapat seperti itu kerana saya lihat ada yang lebih susah," kata Syah yang menjadikan kerja penghantar makanan sebagai pekerjaan tetapnya.

Perkongsian Syah di laman Twitter mendapat perhatian netizen.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan, Syah memberitahu perkhidmatannya mendapat permintaan yang tinggi.

"Alhamdulillah, disebabkan ramai orang tak nak keluar rumah, ramai yang gunakan servis penghantar untuk hantar makanan ke kediaman mereka.

"Jumlah pelanggan pada tempoh ini meningkat dua kali ganda berbanding waktu biasa walaupun hampir separuh restoran dan gerai tidak dibuka," ujar Syah yang merupakan rider Foodpanda pertama di daerah Muar.

Perkongsian yang dimuatnaik sendiri oleh Syah di laman Twitter sehingga kini telah mendapat sebanyak 27,900 tontonan dan 2,239 retweet (ulang kicau). Rata-rata netizen memuji tindakan Syah dan Amir yang prihatin terhadap nasib gelandangan.

"Semoga murah rezeki... tak semua orang mampu buat macam kau," tulis seorang pengguna Twitter.

"They are on another level of hungry. Nampak orang hulur makanan je terus sambut macam budak kecil," tambah pengguna lain.

"Golongan B40 ini juga yang banyak membantu orang lain yang dalam kesusahan," ujar seorang netizen.

Foodpanda, gelandangan, rider, sedekah

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain