“Kebanyakan soalan yang keluar dari mulutnya tak mampu kami jawab” - Ibu kanak-kanak ‘genius’ kongsi bagaimana IQ tinggi anaknya dikesan pakar di Britain

Muhammad Haryz Nadzim menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa selepas dia menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa. Foto: IG Anira Asyikin

“TIDAK ada surah spesifik yang saya amalkan, saya membaca mana-mana sahaja surah dari al-Quran.”

Demikian kata Nur Anira Asyikin, 30, ketika ditanya petua atau amalan surah tertentu sewaktu mengandungkan anak sulungnya, Muhammad Haryz Nadzim.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Anira berkata sebagaimana ibu-ibu mengandung yang lain, dia juga mengamalkan membaca al-Quran selain membaca bahan berkaitan persediaan ke alam ibu bapa, serta bahan berkaitan pengajiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 3 tahun, kanak-kanak ‘genius’ Malaysia jadi antara individu termuda di dunia diterima masuk ke Mensa

ARTIKEL BERKAITAN: Memang rare! Si cilik tak kekok berpantun loghat Nogori, kata bapanya anak tiru gaya Abon - “Gifted tu... dia memang cepat tangkap”

“Saya kerap berdoa agar dikurniakan anak yang sempurna dan baik hati. Tidak terlintas langsung yang saya akan mempunyai seorang anak yang berkebolehan,” ujarnya kepada mStar.

Haryz yang kini berusia tiga tahun, baru-baru ini menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa selepas dia menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Haryz menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ke persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Berita mengenai pencapaian luar biasa kanak-kanak itu mula dilaporkan oleh media di United Kingdom, Metro.Co.UK.

Bercerita bagaimana Haryz mendapat pengiktirafan berkenaan, menurut Nur Anira, ia bermula apabila dia dan suaminya, Mohd Hilmy Naim diberitahu oleh guru di ‘nursery school’ bahawa perkembangan anaknya dalam pembacaan adalah lebih terkehadapan berbanding rakan seusianya di dalam kelas.

“Oleh itu, kami membawanya berjumpa seorang psikologis kanak-kanak pintar di Britain, dengan harapan dapat mengenalpasti di mana kelebihan dan kekurangannya.

“Haryz dinilai secara tidak formal dalam ujian Stanford Binet dan mendapat skor 142. Kami sekali gus diberi borang untuk dihantar ke Mensa,” ujarnya yang sudah empat tahun menetap di United Kingdom bersama suami kerana melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti di sana.

Nur Anira dan suami, Mohd Hilmy memberi pendedahan kepada Haryz seawal usianya satu bulan.

Pernah bekerja sebagai jurutera sebelum ini, Nur Anira mengakui dia dan suami mendedahkan Haryz dengan buku sejak usia anaknya mencecah satu bulan.

“Kami membacakannya buku cerita seawal satu bulan dan dia memberikan respon, tertawa dan fokus. Buku-buku yang kami pilih adalah selari dengan kebolehannya.

“Tujuan membacakannya buku bukanlah semata-mata mahu dia pintar tetapi, kami sedar, dengan membacakannya buku, kami dapat mengajarya tentang nilai empati. Kami menjadikan pembelajarannyanya dalam suasana gembira, secara tidak langsung boleh menanam minat dalam dirinya.

“Kami cuba mengajar Haryz tentang nama, nombor dan abjad sejak dia kecil dan apabila dia menunjukkan minat akan apa yang kami sampaikan, ia memberi kami semangat untuk terus mengajar kandungan yang lebih mencabar,” ujar Nur Anira yang berasal dari Johor.

Saya kerap berdoa agar dikurniakan anak yang sempurna dan baik hati. Tidak terlintas langsung yang saya akan mempunyai seorang anak yang berkebolehan.

NUR ANIRA ASYIKIN

IBU

Sungguhpun pintar dari usianya yang sebenar, Haryz juga sama seperti kanak-kanak seusianya yang lain yang suka bermain, menari, menyanyi dan mewarna.

“Haryz mudah menyesuaikan dirinya dengan orang lain, dia gemar berinteraksi dengan individu yang lebih berusia dengannya. Haryz menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang Matematik dan Sains.

“Apabila ditanya oleh wartawan The Sun di Britain tentang apakah cita-citanya, dia menjawab dia ingin menjadi ahli bomba dan saintis.

“Kebanyakan soalan yang keluar dari mulutnya tidak mampu dijawab oleh kami contohnya dia bertanya ‘berapa jumlah bulan boleh muat di dalam bumi’ dan ‘bagaimana seorang angkasawan menggunakan tandas ketika di angkasa’. Apa yang kami lakukan adalah kami mengajaknya mencari jawapan di internet bersama-sama,” katanya.

Haryz gemar melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain yang seusianya seperti mewarna, menyanyi dan menari. 

Sungguhpun empat tahun menetap di negara orang, Nur Anira berkata dia dan suami tetap mengajar Haryz bertutur dalam bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu.

“Haryz boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Kami menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu ketika berada di rumah bersama Haryz. Namun, Haryz lebih gemar bercakap dalam bahasa Inggeris. Haryz juga belajar beberapa ayat Mandarin dari neneknya kerana neneknya seorang yang berbangsa Cina,” ujarnya.

Ditanya perancangan untuk Haryz, Nur Anira berkata dia dan suami enggan memaksa, sebaliknya lebih suka membiarkan anak sulung mereka menentukan minatnya sendiri.

“Kami mahu kedua-dua IQ dan EQnya bergerak seiringan. Matlamat kami adalah memastikan Haryz boleh pergi lebih jauh dalam minatnya tak kira apa jua bidang yang diminatinya.

“Kami tiada halangan dan kami akan cuba sedaya upaya memberikan sepenuh sokongan, pengisian dan dorongan untuk dia kekal ceria dan seronok dalam apa jua yang dilakukannya. Kami mahu dia terus ke hadapan dengan keinginan sendiri, jauh sekali untuk memaksa dirinya,” katanya.

Nur Anira dan suami pernah menjadi jurutera, kini menetap di United Kingdom sejak empat tahun lalu kerana melanjutkan pelajaran.

Dalam pada itu, Nur Anira berkata adalah penting untuk setiap ibu bapa memainkan peranan sewaktu tumbesaran anak-anak, khususnya menjaga emosi mereka tanpa mengambil kira soal pencapaian.

“Pada pandangan saya, setiap anak dianugerahkan sisi keistimewaan masing-masing. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dan sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan terpenting dalam menjaga emosinya tidak kira apa sekalipun pencapaiannya.

“Cuba berikan sepenuh perhatian apabila anak bercakap dan cuba menjawab segala pertanyaannya dengan baik. Ibu bapa perlu sering memberikan pujian terhadap apa jua usaha anak supaya mereka terus terdorong untuk ke hadapan.

“Beritahu mereka yang anda berbangga dengan mereka. Seorang kanak-kanak yang bahagia di rumah pasti dapat menggunakan sepenuh potensi dirinya,” ujarnya mengakhiri bicara. 

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain