Memang rare! Si cilik tak kekok berpantun loghat Nogori, kata bapanya anak tiru gaya Abon - “Gifted tu... dia memang cepat tangkap” - Viral | mStar

Memang rare! Si cilik tak kekok berpantun loghat Nogori, kata bapanya anak tiru gaya Abon - “Gifted tu... dia memang cepat tangkap”

Mika minat berpantun sejak berusia tiga tahun setengah selepas terdengar pantun Abon.

UMURNYA baru empat tahun tapi kebolehannya berpantun dalam loghat Negeri Sembilan atau ikut gaya sebutannya Nogori pasti membuatkan anda terpukau!.

Kepetahan si cilik bernama Raja Muhammad Mikael Raja Faizul berpantun ditambah pula dengan gelagatnya yang bersahaja mendapat pujian ramai selepas video dia berlakon sebagai DJ Husin FM - Baik & Jahat dikongsi seorang netizen di Twitter.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak bongsu dua beradik itu.

Perkongsian video itu mendapat lebih 13,000 ulang kicau dan hampir 10,000 tanda suka di Twitter.

"Aduhai comelnya," kata Alia.

"Eeeeeeeee.... Ya Allah geram teruk aku dengan budak nogori ni!," tulis Nisa.

Mika dan kakaknya, Raja Farhana sering melakukan sketsa pantun bersama.

Bapa kepada Raja Muhammad Mikael atau lebih mesra di sapa Mika, Raja Faizul berkata anaknya itu mula minat berpantun ketika berusia tiga setengah tahun.

"Tahun lepas saya ikut abang pergi event, dia jual minyak terapi dan partner dengan Abon Raja Lawak. Abon akan berpantun setiap kali datang event mereka. Bila lepas shoot saya edit video guna phone kat rumah.

"Bila edit saya ulang-ulang pantun tu, sekali Mika pun ikut pantun tu. Start dari situ saya ajar dia berpantun dan saya mulakan dengan pantun buah cempedak. Dia dah mula suka dan hari-hari dia nak pantun lain pula," katanya kepada mStar.

Malah Raja Faizul berkata dia bersyukur kerana Mika mampu menghafal setiap pantun yang dikarangnya dengan mudah.

"Alhamdulilliah itu gifted. Dia memang cepat tangkap. Bila time nak shoot saya terangkan dekat dia dulu situasi dan maksud pantun yang nak disampaikan. Time-time tu juga kita buat dialog.

"Luckily dia boleh hafal time-time tu jugalah. Saya akan pastikan pantun yang saya buat tu dia mudah faham dan hafal. Lagipun pantun ada empat rangkap, dua pembayang dan maksud," katanya.

Dua-beradik ini amat rapat antara satu sama lain.

Mengenai video yang tular itu, Raja Faizul berkata babak itu mudah dilakonkan anak bongsunya itu kerana ia berlaku dalam rutin hariannya.

"Macam pantun yang viral tu berkisar mengenai orang baik, orang jahat. Selawat tu pula memang dah rutin yang kita ajar. Setiap kali bangun tidur kena selawatlah. Jadi pembayang dia mudah sebab saya pun ada ajar pasal kisah nabi-nabi.

"Malah dalam setiap drama sketsa dan pantun saya libatkan kakak dia, Raja Farhana sekali. Mereka berdua memang rapat... tak boleh berenggang. Itu yang buat dia cepat berpantun. Kiranya kakak dia pun banyak tolong dia jugalah," katanya.

Dia memang cepat tangkap. Bila time nak shoot saya terangkan dekat dia dulu situasi dan maksud pantun yang nak disampaikan. Time-time tu juga kita buat dialog.

RAJA FAIZUL RAJA SHAHMINAN.

Ditanya mengenai pendekatan pantun yang diterapkan kepada anak-anaknya, Raja Faizul berkata itu merupakan salah satu cara dia memupuk nilai-nilai moral dalam diri kedua-dua anaknya.

"Dunia sekarang kanak-kanak banyak terdedah dengan gajet dan TV. Sebab itulah saya guna pendekatan berpantun. Lagipun Mika dah minat dan jarang kita dengar orang berpantun sekarang. Memang rare.


Mika tidak mempunyai sebarang masalah untuk menghafal skrip lakonannya.

"Bila di rumah saya kurangkan penggunaan gajet. Mika hanya akan guna gajet kalau jalan jauh macam balik kampung. Begitu juga dengan TV. Dia akan tengok TV lepas Asar tapi sebelum Maghrib dah tutup.

"Lagipun isteri saya amat pentingkan dispilin anak-anak. Jadual tengok TV pun dia susun. Alhamdulillah disiplin anak-anak setakat ini memang tip top. Mereka dengar cakap... kiranya senang dididik," katanya.

Pasangan adik-beradik ini mempunyai saluran YouTube sendiri diberi nama KuMika KuFaizul yang mempunyai seramai 31,600 subscribers setakat ini.

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain