“Tak malunya, mengemis!” - Remaja dikecam ‘demand’ awek hadiah iPhone11 genap 30 hari bercinta - Viral | mStar

“Tak malunya, mengemis!” - Remaja dikecam ‘demand’ awek hadiah iPhone11 genap 30 hari bercinta

Farid minta telefon pintar iphone11 daripada kekasih sempena genap 30 hari bercinta.

SERING kali kita mendengar seorang jejaka memberikan hadiah sebagai tanda menghargai pasangan mereka.

Bagaimanapun, berlainan pula halnya dengan remaja lelaki berusia 17 tahun ini apabila dia yang meminta hadiah daripada pasangannya.  

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gimik! Nak bagi satu je, tapi suami beli 9 iPhone 11 Pro suruh isterinya pilih yang paling suka - “Saya sendiri guna enam phone...

Ketika berkongsi perkara itu kepada mStar, remaja lelaki tersebut, Mohd Farid Kamil berkata, permintaan untuk mendapatkan telefon pintar baharu iPhone11 daripada pasangannya bersempena genap 30 hari mereka bercinta.  

Menerusi posting yang tular di laman sosial, dipaparkan skrin perbualan menerusi aplikasi Whatsapp menyaksikan teman wanita Farid menetapkan syarat sebelum memberikan telefon pintar baharu tersebut. 

Kekasihnya, Nur Faizzatul Izzah, 17, berjanji untuk memenuhi permintaan teman lelakinya jika perkongsian perbualan mereka meraih 100 ulang kicau dan 60 tanda suka di media sosial. 

Farid masih belum menerima telefon pintar iPhone11 daripada kekasihnya.

Setakat ini, paparan perbualan tersebut yang dimuat naik di Twitter telah meraih lebih 600 ulang kicau dan 2,000 tanda suka. 

Bagaimanapun, walau syarat yang ditetapkan telah dicapai, malahan melebih had ditetapkan kata Farid, dia masih belum menerima hadiah itu daripada teman wanitanya. 

"Saya tak sangka pula conversation kami boleh viral di Twitter, sebab saya cuma suka-suka je upload.

"Siapa tak nak iPhone11 ? Dan dia pun dah janji nak bagi kepada saya. Tak salah untuk saya cuba nasib dan tak sangka dapat banyak retweet.

"Tapi sampai sekarang saya tak terima lagi iphone11 tu, tak apa lah nanti saya akan update macam mana, kalau-kalau dapat," katanya ketika dihubungi mStar.


Paparan perbualan skrin antara Farid dan Nur Faizzatul.

Remaja kelahiran Sarawak ini menjelaskan, oleh kerana masih bergelar student, Nur Faizzatul dikatakan akan cuba menunaikan hasratnya untuk memiliki iPhone11 dengan mendapatkan pinjaman peribadi. 

Tambah Farid, dia mengakui malu apabila dikecam netizen kerana sikap memintanya itu, tetapi dia sekadar ingin mengingatkan kekasihnya supaya menunaikan janji. 

"Saya baca saja komen-komen pada posting tu dan memang ramai yang kecam saya. 

Kami masih lagi student. Tapi dia pernah cakap akan apply loan untuk tolong saya dapatkan iphone11 tu. 

MOHD FARID KAMIL

PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

"Saya cuma anggap itu hadiah monthsary genap sebulan kami bercinta," ujarnya yang juga pelajar perakaunan yang baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat asasi dalam bidang sama. 

Beberapa netizen mengecam tindakan Farid yang meminta telfon pintar daripada teman wanitanya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Farid di media sosial menyatakan dia tidak sepatutnya meminta hadiah penghargaan daripada seorang perempuan. 

"Desperate gilaaa hahahahaha tak malu ke minta orang hahahaha tunggu je lah kalau orang tu nak bagi. 

"Bang, tak malu ke minta kat girlfriend

"Dah lah baru habis sekolah. Baru 17 tahun. Lelaki pulak tu minta iPhone dekat girlfriend. Girlfriend kau anak datuk mana ni kau boleh minta iphone 11? Untuk monthsary je pun. Tak malunya. Sumpah tak malu. Okay sorry aku carut tapi aku geram. Mengemis," tulis beberapa netizen.

Iphone11

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain