Takut muka cepat berkedut, pemuda usia 18 tahun sanggup labur wang beli produk skin care - “Sebelum ke kelas saya bangun satu jam awal”

Syamel tak anggap pembaziran labur untuk produk penjagaan kulit kerana ia akan memanfaatkannya pada jangka masa yang panjang.

PRODUK penjagaan asas kulit wajah seperti pembersih muka, toner, pelembab, pelindung sinar UV sangat penting dalam mengekalkan keremajaan kulit. 

Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabis duit melabur demi mendapatkan kulit wajah yang cantik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri – “Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie”

Terbaharu, tular satu bebenang di Twitter kisah seorang lelaki berkongsi tentang produk penjagaan kulit wajahnya yang bernilai hampir RM2,000.

Lelaki berkenaan, Muhammad Syameel Zulkepli bagaimanapun tidak menganggap menghabiskan wangnya untuk produk penjagaan kulit wajah sebagai pembaziran kerana mengetahui ia memberikan manfaat untuk kulit wajahnya dalam jangka masa panjang. 

Syamel membelanjakan RM300 hingga keRM 400 sebulan untuk produk penjagaan kulit wajahnya.

"Saya tak adalah beli semua produk sekali gus. Dan saya tak perasan pun jumlah semua harga produk saya tu akan cecah ribuan ringgit sebab saya beli satu per satu. 

"Saya anggarkan setiap bulan saya hanya akan habiskan dalam RM300 hingga RM400 untuk produk kulit muka saya. Lagipun, produk tu tahan lama sekitar empat ke lima bulan, jadi tak adalah sampai beribu-ribu yang saya perlu belanjakan sebulan

"Saya tak anggap labur untuk skin care ni pembaziran sebab saya tahu, secara tidak langsung ia dapat memanfaatkan kulit wajah saya dalam jangka masa panjang, muka taklah cepat berkedut," katanya ketika dihubungi mStar. 

Tambah Syamel, dia tidak pernah ketinggalan menjalani rutin harian penjagaan kulit wajahnya. 

Syamel kongsi produk penjagaan kulit wajah di laman sosial, Twitter.

Anak kelahiran Johor ini juga mengambil masa selama setengah jam, dua kali sehari bagi melengkapkan rutin penjagaan kulitnya. 

"Setakat ini, saya tak pernah lagi tinggalkan rutin skin care. Walau lambat macam mana sekali saya tidur, sekurang-kurangnya saya akan habiskan masa dalam 30 minit untuk cuci wajah. 

"Setiap hari sebelum ke kelas, saya memang akan bangun satu jam awal sebab saya tahu, saya akan habiskan masa dalam 30 minit untuk muka saya," ujarnya. 

Sebelum ini, pelajar kolej berusia 18 tahun ini pernah memakai penutup muka ketika melancong di Korea Selatan kerana tidak yakin dengan kulit wajahnya. 

Menurut Syamel, dia terdetik untuk mula mementingkan penjagaan kulit wajah selepas tertarik melihat kecantikan kulit wajah orang Korea. 

Syamel berkongsi produk penjagaan kulit wajah di laman sosial, Twitter.

"Dulu memang wajah saya agak kusam, lebih gelap dan penuh berjerawat sampai saya terpaksa pakai face mask, tak yakin nak melancong ke Korea. 

"Saya pun tak banyak ambil gambar kat sana, insecure punya pasal. Lepas saya tengok orang-orang kat sana, kulit mereka lawa, saya pun berazam nak juga dapatkan kulit wajah yang cantik," tambahnya.

Posting tersebut telah menerima lebih dari 3,600 ulang kicau dan 11,600 tanda suka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Syamel yang begitu rapi menguruskan penjagaan kulit wajahnya.

Syamel pernah mengalami masalah kulit kusam dan berjerawat.

"Thank you for the thread bro! Jarang lelaki share skincare routine and product diaorang guna.

"Bagi sesiapa yang rajin silalah.

"Lelaki pun lagi cantik dari perempuan," tweet beberapa netizen.

kulit wajah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain