Dulu sayang, kini menyemak! Pemuda ‘naik hantu’ buang kasut ex awek selepas kantoi curang – “Nanti berjangkit perangai buruk macam badi” - Viral | mStar

Dulu sayang, kini menyemak! Pemuda ‘naik hantu’ buang kasut ex awek selepas kantoi curang – “Nanti berjangkit perangai buruk macam badi”

Seorang pemuda dikecam gara-gara membuang kasut-kasut milik bekas kekasih yang disimpan di dalam keretanya. Foto ihsan Wan Capiq

PUTUS cinta sememangnya menyakitkan, pasti bukan mudah untuk melupakan apatah lagi dengan orang yang disayangi sampai separuh mati.

Perasaan itu boleh menjadi sedih atau marah yang teramat sangat, seperti seorang pemuda yang ‘naik hantu’ selepas putus cinta dengan teman wanitanya.

Tiga pasang kasut milik bekas kekasihnya yang selama ini diletakkan di dalam keretanya menjadi mangsa, apabila dibuang ke dalam bakul sampah.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka awek buat ‘prank’ hari jadi, rupanya minta putus nak balik kepada ex... “Birthday present paling malang dalam hidup saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis putus cinta dikecam kerana gambar ‘End of Year Challenge’, "Saya tak kata lelaki itu sampah"

“Dah kau pergi mamp*s. Semak simpan dalam kereta,” demikian luah pemuda itu di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Perkongsian seorang pemuda menjadi perhatian netizen.

Bercakap kepada mStar, pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia bertindak membuang kasut-kasut kepunyaan bekas kekasihnya itu sebaik hubungan mereka putus pada Jumaat.

Hanya mahu dikenali sebagai Wan Capiq, dia mendakwa orang ketiga menjadi punca keretakan hubungan mereka.

“Sejak kebelakangan ini ex-girlfriend selalu sibuk dan saya syak sesuatu. Tak mahu menuduh, jadi saya siasat dan jejak dia sebelum nampak dia keluar dengan lelaki lain.

“Bila dah ‘kantoi’, saya telefon dia minta penjelasan, tapi dia tak mahu perjelas hal sebenar. Sebaliknya, dia putuskan perbualan dan off telefon,” katanya kepada mStar.

Tangkapan skrin perbualan Wan Capiq dan bekas kekasih.

Wan Capiq berkata, dia mempunyai pertimbangan untuk mendapatkan penjelasan daripada kekasihnya yang berasal dari Pulau Pinang itu.

“Saya sayang sangat kat dia. Jadi, saya mahu tahu siapa lelaki tu, apa yang berlaku. Kalau ditakdirkan tiada jodoh antara kami, saya mahu hubungan kami putus bersebab.

Memang semak dan bukannya saya tak pernah tegur. Tapi sebab dia ada banyak kasut dan alasan dia mahu senang tukar kasut kalau hendak ke mana-mana.

WAN CAPIQ

“Saya siap acah-acah ugut kalau dia tak nak perjelaskan hal sebenar, saya akan buang kasut-kasut dia yang ada dalam kereta saya.

“Dia cabar saya untuk buat dan saya berani buang di bakul sampah dekat parkir di pejabat. Dia betul-betul tak sangka saya berani buat, maklumlah orang tengah marah kan... jadi jangan suka-suka nak cabar,” ujar pemuda dari Tawau, Sabah itu.

Wan Capiq membuang kasut-kasut bekas kekasihnya hanya selepas dicabar.

Pemuda yang bertugas sebagai pembekal barangan pasar raya di Pulau Mutiara itu menjelaskan kekasihnya meminta mereka untuk membawa haluan masing-masing.

“Saya tahu ramai yang kecam sebab saya sesuka hati buang kasut dia. Bila jadi macam ni, ramai kasihankan perempuan dan kaum lelaki yang dikecam.

“Ada yang kata jangan buang, bagi kasut tu kat girlfriend baharu. Tak mahulah saya, kalau dipakai nanti berjangkit perangai buruk, macam badi.

“Saya sanggup beli baharu guna duit sendiri. Lagipun nanti girlfriend baharu kata apa pula saya bagi kasut ex kat dia. Hati orang kena jaga,” tambahnya.

Wan Capiq mengakui kasut-kasut milik bekas kekasih yang disimpan dalam keretanya menyemakkan kenderaannya itu.

Dalam pada itu, Wan Capiq mengakui kasut-kasut milik bekas kekasihnya itu menyemakkan keretanya sepanjang hubungan mereka selama lebih setahun.

“Memang semak dan bukannya saya tak pernah tegur. Tapi sebab dia ada banyak kasut dan alasan dia mahu senang tukar kasut kalau hendak ke mana-mana.

“Sebagai lelaki saya sudah buktikan yang saya masih ada hati dan perasaan untuk beri peluang kepada dia, tapi dia tak nak. Tak apalah, saya cuba untuk move on,” katanya.

Wan Capiq , awek , kasut , ex , girlfriend , putus cinta , Tawau , Pulau Pinang

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain