suria

“Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang

Adik kepada Mieda Marsha (gambar kiri) yang sedang hamil membuat laporan polis, menurut perkongsian wanita itu di Facebook.

"PERGI mampus la dia mengandung," begitulah kata-kata seorang wanita menerusi video tular yang mengundang kemarahan netizen sejak awal pagi Rabu.

Menerusi posting di laman Facebook Mieda Marsha, dia mendakwa wanita berkenaan menjadi punca keruntuhan rumah tangga adik perempuannya yang kini sedang sarat hamil.

"Kau tak nampak, apa ni dalam perut ni? Kau dah tahu dia mengandung kan?

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sengaja tingggal kamera terpasang di rumah, isteri kantoi curang dengan kawan suami

"Aku sekarang tanya apa masalah kau, kau sedar tak dia sekarang tengah mengandung?" soal Mieda Marsha kepada wanita itu yang dipercayai bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Foto wanita itu dipercayai bersama suami kepada Adik Mieda Marsha.

Dia lantas menjawab: "Pergi mampus la dia mengandung" sebelum mengambil beg tangannya dan beredar dari lokasi itu.

Selain video pertemuan berkenaan, Mieda Marsha turut memuat naik beberapa keping foto menerusi posting yang menerima hampir 10,000 perkongsian dalam tempoh kurang 24 jam.

B*tina ni sebenarnya tahu adik aku ni masih bini pada si jantan ni, tapi dia tak heran siap bawa balik jantan tu duduk sebumbung dengan dia.

MIEDA MARSHA

Menurut Mieda Marsha, dia mendapat panggilan bahawa wanita berkenaan ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana bersekedudukan dengan adik iparnya selama lebih empat bulan.

Ia dipercayai berlaku di sebuah apartment di Batu 9, Cheras, Selangor.

"B*tina ni sebenarnya tahu adik aku ni masih bini pada si jantan ni, tapi dia tak heran siap bawa balik jantan tu duduk sebumbung dengan dia.

"Moral of the story, kalau tak ada engkau orang ketiga dalam hal ni hubungan suami isteri adik aku ni masih boleh diselamatkan.

"Tapi bila dah kena macam ni kau masih boleh suka-suka lagi. Iktibar dia hari ni bila dah kena cekup dengan Jais masih tak ada perasaan malu weh," tulis Mieda Marsha panjang lebar.

Menerusi perkongsian itu, adik kepada Mieda Marsha juga sudah membuat laporan polis.

Paparan skrin perkongsian video di Facebook Mieda Marsha.

Malah, Mieda turut mengesahkan dia akan bertemu wanita itu sekali lagi di mahkamah, pada 15 Julai ini.

"Korang semua kena hati-hati la dengan b*tina ni habis semua laki orang dia nak sebat. 15/7 ni see you in court," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, semakan turut mendapati akaun Instagram wanita yang didakwa sebagai perosak rumah tangga itu telah memadam kesemua foto dan ditetapkan dalam mod private.

Malah, ratusan pelayar Facebook turut membanjiri posting berkenaan dengan pelbagai komen mengecam wanita itu.

"Geram pula saya. Rasa nak tumbuk je muka makhluk b*tina tu," tulis Wan Hafizan.

"Kak kalau saya kat situ rasanya dah lebam muka b*tina ni," tulis Faziedatul Afida.

"Allahuakhbar moga Allah permudahkan segala urusan dan kuatkan kesabaran buat akak dan adik," tulis Puteri Mahmood pula.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Mieda Marsha, curang, rumah tangga, Jais

Artikel Berkaitan

Artikel Lain