suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sengaja tingggal kamera terpasang di rumah, isteri kantoi curang dengan kawan suami

Paparan skrin daripada rakaman itu.

SEORANG lelaki di China mengetahui perihal kecurangan isterinya secara tidak sengaja selepas meninggalkan kamera dashcam dalam keadaan terpasang di kediaman mereka.

Lebih teruk, kekasih gelap wanita itu merupakan seorang datuk bandar di China yang juga kawan kepada suaminya.

Menerusi rakaman itu, dua pasangan itu kelihatan mesra sambil merangkul pinggul sebelum masuk ke dalam bilik.

Menurut suami wanita itu, rakaman berkenaan diambil pada Ogos 2016 namun ia didedahkan kepada outlet media Shang You News pada minggu ini.

Lelaki dari bandar Mudanjiang itu menceraikan isterinya pada 2018.

Rakaman berkenaan yang menjadi tular turut menjadi perbualan netizen.

Menurut perkembangan terbaharu, datuk bandar itu juga sudah melepaskan jawatannya tanpa memberi sebarang kenyataan berhubung kes berkenaan. - Daily Star.

cctv, dashcam, curang, datuk bandar

Artikel Lain