Karangan 'makan dalam' adik umur 10 tahun buat kakak terkejut... “Sorry dik” - Viral | mStar

Karangan 'makan dalam' adik umur 10 tahun buat kakak terkejut... “Sorry dik”

Gambar sekadar hiasan.

SETIAP orang ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa hatinya, sama ada melalui penulisan mahu pun percakapan.

Kebiasaannya luahan menerusi penulisan akan menjadikan penyampaian itu lebih bermakna.

Luahan hati seorang murid tahun 4 mengenai rutin hariannya yang membosankan telah menyentuh hati pembaca.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pick Up Line' Anak Joy Revfa Menusuk Jiwa!

ARTIKEL BERKAITAN: Nota bunuh diri anak menyayat hati, mahu ibunya jadi 'wanita paling gembira di dunia'

Lebih menarik, karangan tersebut merupakan sebahagian daripada kerja sekolahnya dan telah diperiksa oleh gurunya ‘Sir Firdaus’.

Menurut perkongsian kakaknya yang dikenali Aina Fatin Nafissa di laman Twitter, dia menemui karangan tersebut ketika memeriksa kerja rumah adiknya.

Karangan yang menyentuh hati pembaca.

“Tadi adik aku buat hw (kerja sekolah), pastu minta aku checkkan (periksa)  ayat dia betul tak.

“Saja selak page (halaman) depan-depan, dan ter ‘stop’ kat page ni sebab tajuk dia ‘luahan hati....

“Sorry dik, tinggalkan adik sensorang (keseorangan),” tulis Nafissa di status bersama karangan adiknya itu.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Wada menulis mengenai jadual hariannya yang membosankan kerana selalu bersendirian.

“Setiap hari mama saya hanya akan pulang dari kerja pada pukul 10.30 malam.

“Dia bekerja di Skudai sebagai guru Pusat Bahasa Inggeris,” katanya.

Malahan, Wada juga mengadu setiap hari dia akan menikmati makan malam bersendirian.

Antara komen netizen terhadap karangan Wada.

“Biasanya saya sudah tidur sebelum mama saya pulang. Kami hanya dapat berbual pada waktu pagi sebelum saya ke sekolah, selebihnya mama akan tinggalkan nota pesanan,” tulis pelajar itu.

Wada turut menceritakan dia mempunyai empat adik beradik.

“Saya yang bongsu. Kakak-kakak saya belajar di UiTM. Abang saya pula belajar di kolej vokasional.

“Saya sangat gembira bila adik-beradik pulang ke rumah.”

Karangan tersebut mendapat komen penuh positif daripada gurunya.

“InsyaAllah, semuanya akan bertambah baik...”

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dan pujian daripada warga Twitter dan mendapat lebih 19,000 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata mereka juga terharu dan memberi nasihat supaya meluangkan masa untuknya.

luahan hati , adik , keseorangan , bosan

Artikel Lain

Ibu Mawi meninggal dunia